Sikap Sampel

Attitude

HARI 6 DARIPADA 7

Harapan dan Kepercayaan

Yesus! nama yang memikat ketakutan kita,
yang membuat kesedihan kita berhenti;
Ini ialah muzik di telinga orang berdosa,
kehidupan, kesihatan, dan kedamaian.
—Charles Wesley

Stanford Encyclopedia of Philosophy mendefinisikan kepercayaan sebagai "sikap kita terhadap orang yang diharapkan adalah boleh dipercayai." Menggunakan definisi ini, boleh dikatakan bahawa sikap Charles Wesley dan kebanyakan orang Kristian terhadap Yesus ialah kepercayaan yang dipenuhi harapan.

Walau bagaimanapun, masa depan mungkinlah sesuatu yang menakutkan dan tidak diketahui. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Ataupun, bagaimana kawan, keluarga, atau pemimpin kita akan bertindak. Kita mungkin merancang untuk pergi ke kolej, tetapi tidak menerima bantuan kewangan. Atau, rancangan percutian mungkin terganggu kerana ribut yang tidak dijangka. Atau, jauh lebih teruk lagi.

Kita hidup dalam dunia di mana kita tidak mudah mempercayai. Daripada mempercayai orang lain, kita mungkin cuba mengawal setiap keputusan, mengelakkan komitmen, dan menyembunyikan kelemahan diri. Atau, kita mungkin memilih bentuk kawalan lain yang palsu: apati. Kita mungkin fikir jika kita tidak cuba, percaya, atau peduli, maka kita tidak akan rasa hampa.

Menjalankan hidup tanpa kepercayaan mungkinlah menarik, tetapi pastinya menyukarkan perbuatan mengikuti Yesus.

Allah mengamanahkan ciptaan-Nya kepada manusia. Dia mempercayai perempuan muda dan tukang kayu untuk menjadi ibu bapa Anak-Nya yang tunggal. Yesus meminta nelayan untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan mengikut-Nya. Kemudian, Dia menjemput Petrus untuk cukup mempercayai-Nya untuk mengikut-Nya dengan berjalan di atas permukaan air. Dia meminta pengikut-Nya untuk saling mempercayai untuk mengembara berpasangan tanpa pakaian atau makanan tambahan. Akhirnya, Yesus mempercayai kita, tubuh-Nya, untuk mengasihi dunia ini sebagaimana yang dilakukan-Nya.

Lain kali rasa kecewa menyebabkan kepercayaan anda dalam Allah untuk berkurang dan sikap anda menjadi teragak-agak, ingatlah bahawa kepercayaan memerlukan harapan. Dalam surat yang ditulis di penjara kepada orang percaya di Roma, Paulus mengingatkan kita bahawa harapan terhasil daripada budi pekerti, yang terhasil daripada ketabahan, hasil penderitaan.

Doa: Allah, semasa saya berjalan mengharungi ribut kehidupan, tolonglah saya untuk menumpukan fikiran dan sikap saya pada Yesus. Tetapkan mata saya pada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat. Binalah ketabahan, budi pekerti, dan harapan dalam saya. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Attitude

Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.

More

Kami bersyukur kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/