Sikap Sampel
Roh Kudus Menyertai Kita dan Ada dalam Kita
... Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia. Galatia 5:16 BM
Sepanjang enam hari yang lalu, kita mengejar sikap yang dibentuk oleh kesyukuran, kerendahan hati, kasih kurnia, kejujuran, harapan, dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, sikap kita boleh berubah dengan cepat dan dipengaruhi oleh banyak perkara, termasuk beberapa perkara di luar kuasa kita.
Kita ialah manusia tidak sempurna yang cuba hidup dalam cara yang memuliakan Allah. Namun, kita masih bersifat perengus, menaruh rasa iri hati, takut akan masa depan, dan gagal menunjukkan kasih kurnia. Maka, bagaimanakah kita boleh mematuhi Kristus, orang yang mengikut Allah dengan sempurna? Kita bukan sahaja mempunyai contoh yang sempurna dalam hidup dan ajaran Yesus, malah memiliki akses kepada Roh Kudus yang diam dalam kita, seperti yang dijanji-Nya.
Roh Kudus diam dalam setiap pengikut Yesus, memimpin kita dan membentuk fikiran Kristus dalam kita. Kita tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Perkataan yang digunakan oleh Yesus dalam Yohanes 14 untuk menggambarkan Roh Kudus ialah paraclete, satu perkataan yang bermaksud penghibur, pembela, dan peribadi yang berada di sisi kita.
Roh Kudus bukan sahaja menyertai kita, malah ada dalam kita.
Ini tidak bermakna anda tidak akan mengalami perasaan yang tidak menyenangkan atau lupa tentang Allah pada waktu yang penting dan memberikan respons dengan sikap yang membinasakan lagi. Ini bermakna Dia berpihak kepada kita, bekerja dalam kita dan dengan kita setiap hari.
Doa:Allah, semasa saya menjalani hidup saya, tolonglah saya agar sikap saya mencerminkan Roh Kristus dalam saya. Tolonglah saya untuk mendengar Roh Kudus sementara Engkau memimpin saya setiap hari. Terima kasih kerana Engkau mengasihi saya dan mengamanahkan Roh-Mu kepada saya. Dalam nama Yesus, amin.
Dapatkan lebih banyak doa untuk kekuatan, harapan, tekanan, dan kerisauan.
Perihal Pelan
Bagaimanakah kita menemui sikap yang betul untuk setiap situasi? Apakah sikap yang betul? Pelan Alkitab tujuh hari ini menemui jawapan dalam hidup dan ajaran Kristus. Izinkan dorongan harian, doa renungan, dan ayat Alkitab yang berkuasa ini membentuk minda Kristus dalam diri anda.
More