Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 15 DARIPADA 36

Jalan Keremukan Allah

Prinsip Hidup 15: Keremukan adalah keperluan Allah untuk kebergunaan maksimum.

Siapakah yang anda lebih percayai daripada Tuhan? Apakah yang dikikis Allah daripada kehidupan anda? Jawapan kepada soalan tersebut mungkin menjelaskan kenapa Allah bekerja begitu keras untuk memutuskan kebergantungan anda pada apa-apa selain daripada Dia—walau berapa lama pun atau betapa sukarnya proses itu. Dia komited untuk membawakan anda kesempurnaan dan kematangan rohani—menjadikan anda seperti Anak-Nya (Roma 8:29)—supaya Dia boleh bekerja melalui anda dan membawa orang lain kepada kesempurnaan dan kematangan rohani melalui kesaksian anda (2 Korintus 1:3-7).

Rasul Paulus menghadapi waktu keremukan dan penderitaan tersebut, dan dia menulis, “Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu” (2 Korintus 12:8). Walaupun Allah tidak menghilangkan "penyakit itu" daripadanya, Dia membantu Paulus untuk memahami bahawa ia diberikan kepadanya untuk menghalangnya daripada meninggikan diri dan daripada bergantung kepada perkara lain selain Kristus (2 Korintus 12:7-11). Tuhan juga mengajar rasul Paulus bahawa kasih karunia-Nya sentiasa cukup bagi semua kelemahannya.

Ia jugalah sama buat anda. Setiap kali anda mengalami keremukan, kasih karunia Allah akan menguatkan dan mematangkan anda. Dia akan menunjukkan anda bagaimana untuk melepaskan kebergantungan anda pada semua bentuk jaminan duniawi dan mengajar anda untuk bergantung pada peruntukan menakjubkan-Nya dan kasih-Nya. Oleh itu, berasa yakinlah bahawa Yesus Kristus boleh mengubah mana-mana kelemahan anda menjadi kekuatan, harapan, dan kemuliaan.

Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal