Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 17 DARIPADA 36

Berdiri Tegap dan Teguh Melalui Doa

Prinsip Hidup 17: Kita berdiri paling tegap dan paling teguh di atas lutut kita.

Doa adalah alat yang sangat berkuasa bagi orang percaya—melalui doa, Tuhan memberkati kita dan membebaskan kita daripada ikatan. Dalam doa, kita mengakui keperluan kita akan Kristus dan meminta jalan penyelesaian-Nya bagi masalah kita. Kita juga belajar menyembah-Nya dan bertumbuh secara rohani dalam hadirat penyayang-Nya.

Apabila kita meluangkan masa bersama dengan-Nya, Allah dengan penuh kasih mengajar kita bagaimana berkomunikasi dengan-Nya dan mendengar suara kecil-Nya yang bagaikan bisikan. Melalui semua itu, kita menjadi lebih intim dalam hubungan kita dengan-Nya.

Terdapat beberapa perkara penting dalam membentuk kehidupan berdoa yang berkuasa:

1. Waktu yang Ditentukan—Pilih waktu yang khusus untuk bertemu dengan Tuhan dalam doa. Sama ada awal pagi atau lewat petang bukanlah perkara yang menjadi persoalan. Kuncinya adalah kekonsistenan! Mintalah Allah untuk menunjukkan anda waktu yang sesuai untuk menemui-Nya.

2. Tempat yang Khusus—Pilih satu tempat di mana anda boleh bersendirian dengan-Nya. Walaupun anda mungkin kekurangan tempat untuk bersendirian bersama-Nya, Dia akan menyediakan tempat yang sesuai bagi anda mencari-Nya.

3. Komitmen untuk Berdoa—Mengabdikan diri untuk berdoa setiap hari. Biarlah Allah tahu bahawa hati anda adalah terbuka dan anda mahu mengetahui lebih banyak tentang-Nya dan tentang rancangan-Nya bagi anda.

4. Buku Harian untuk Permintaan dan Jawapan—Catatkan semua permintaan anda dan bagaimana Allah telah menjawab doa anda sebagai kesaksian yang berterusan tentang pekerjaan-Nya dalam kehidupan anda. Tuliskan ayat khusus yang digunakan-Nya terhadap situasi anda dan janji yang diberikan-Nya kepada anda daripada Firman-Nya.

Sentiasa ingat bahawa Allah adalah lebih besar daripada mana-mana masalah yang anda hadapi. Jarak antara kejayaan dan kegagalan anda (atau antara kemenangan dan kekalahan) adalah jarak antara lutut anda dan lantai di mana anda berlutut di hadapan Juruselamat dalam doa penyerahan. Anda tidak akan lebih tegap atau lebih teguh daripada waktu anda berlutut dalam doa! Allah tahu jalan di hadapan anda, dan Dia boleh memimpin anda melalui semua kesukaran jika anda mempercayai-Nya.

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal