Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Memegang Dengan Terlalu Kuat
Prinsip Hidup 19: Anda akan kehilangan apa yang anda pegang dengan terlalu kuat.
Akuilah—dalam keadaan yang sukar, respons emosi pertama anda adalah cuba mengawalnya. Kita semua mahu kuasa. Kita mahu hidup dengan jaminan bahawa semuanya akan baik-baik dan keadaan yang tidak baik boleh diselesaikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Secara sulit, kita sering berfikir, “Jika saya merancang dengan berhati-hati dan bekerja cukup kuat, saya dapat mengatasi semua kesukaran.”
Masalah wujud apabila usaha kita adalah tidak memadai—apabila kesukaran yang kita hadapi adalah lebih besar daripada semua sumber kita atau adalah di luar skop pengaruh kita sepenuhnya. Allah membenarkan semua cubaan ini kerana satu sebab yang penting: Dia mahu kita menyedari bahawa Dia berkuasa.
Apabila anda menghadapi keadaan yang menghabiskan bekalan rohani, emosi dan fizikal anda dengan cepat, anda mungkin mahu berpaut pada sesuatu yang kuat kerana anda takut. Persoalan yang anda harus pertimbangkan adalah sama ada kerisauan anda membawa anda kepada dakapan Allah atau kepada kekuatan anda sendiri.
Adakah anda berpaut pada sesuatu selain daripada Tuhan? Adakah anda sedang berpegang pada keyakinan duniawi dan bukannya mempercayai Dia untuk membantu anda? Ingatlah, anda akan kehilangan apa yang anda pegang dengan terlalu kuat. Apa pun yang menjadi pautan anda untuk keselamatan telah menjadi pahala anda. Sama ada ianya adalah kekayaan, kebolehan, hubungan, atau adat keagamaan, Allah tidak akan membenarkan anda untuk menyimpannya sebagai sumber keyakinan anda—satu peranan yang dipegang-Nya. Sebaliknya, Dia akan membenarkan semua itu untuk menghampakan anda supaya anda akan melihat bahawa Dialah Tuhan anda yang berdaulat dan tidak menghampakan.
Allah mahu anda untuk melepaskan diri anda kepada kuasa dan sokongan abadi-Nya. Dia akan menyelesaikan semua kerisauan anda dengan sebaik mungkin, dan Dia akan menyokong anda sepanjang proses itu (Filipi 4:6-7). Walaupun Tuhan akan menguji anda pada waktunya, ia sentiasa bertujuan menunjukkan kasih-Nya yang tidak berkesudahan.
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More