Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 24 DARIPADA 36

Kunci Kehidupan Kristian

Prinsip Hidup 24: Menjalani kehidupan Kristian bermaksud membenarkan Yesus untuk hidup dalam dan melalui kita.

Ramai orang Kristian kelihatan berpuas hati untuk menjalani kehidupan yang dirasakan cukup Kristian. Mereka percaya jika mereka pergi ke gereja, membaca Alkitab dari masa ke masa, dan berdoa sekali sekala, mereka akan mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Walaupun mereka buat-buat jadi "orang Kristian yang baik", mereka tidak menikmati kuasa, kedamaian dan sukacita yang mengiringi kehidupan berkelimpahan yang dijanjikan Yesus (Yohanes 10:10). Akhirnya, kehidupan Kristian palsu yang mereka jalani menjadi beban yang tidak dapat menghiburkan mereka saat ribut kesusahan melanda.

Anda tidak dicipta sedemikian. Allah tidak memanggil anda atau mana-mana orang percaya untuk menjalani kehidupan Kristian tidak penting yang dicirikan oleh kerja dan adat. Dia menginginkan hubungan harian bersama anda, di mana anda mengalami hadirat-Nya dan mempercayai-Nya untuk kebijaksanaan, keberanian, dan kekuatan dalam setiap situasi. Dengan setiap langkah anda, keputusan anda, dan perbualan anda, serta fikiran anda, Tuhan mahu memuliakan diri-Nya melalui anda. Dia mahu membawa terang kepada kehidupan anda, menyinari bakat, sifat, dan personaliti anda semasa anda berjalan dengan taat pada-Nya.

Dengan kata lain, menjalani kehidupan Kristian bermaksud membenarkan Yesus untuk hidup dalam dan melalui anda. Sebab itulah Paulus menulis, “Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku. Hidup yang aku hayati sekarang ini adalah hidup dengan iman kepada Anak Allah yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan diri-Nya untuk aku” (Galatia 2:20).

Jadi, bagaimanakah anda membenarkan Yesus untuk hidup dalam dan melalui anda? Anda boleh bermula dengan meluangkan masa untuk mengkaji Alkitab, berdoa, menyembah, dan bersekutu bersama orang percaya yang lain. Anda bukan sahaja belajar tentang Dia, tetapi anda mesti juga mendengar-Nya, kerana Dia akan mengajar anda cara mengasihi-Nya, hidup demi-Nya, dan berjalan menurut jalan-Nya.

Kedua, perkara paling penting yang anda boleh lakukan adalah mentaati-Nya—walau apa pun yang Dia suruh anda lakukan. Allah yang telah menebus anda boleh mengajar anda bagaimana hidup untuk-Nya. Juruselamat yang anda percayai untuk kehidupan abadi anda adalah lebih daripada mampu untuk menyelesaikan setiap beban yang anda tanggung setiap hari, menyinari melalui anda dengan terang supaya orang lain dapat mengenali Dia dan diselamatkan. Oleh itu, lupakan tanggapan anda tentang rupa bentuk kehidupan Kristian supaya anda dapat mengalami kehidupan sejati dalam-Nya.

Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal