Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 28 DARIPADA 36

Bersama-sama dalam Kehidupan Kristian

Prinsip Hidup 28: Tiada seorang orang Kristian pun yang pernah dipanggil untuk "bersendirian" dalam perjalanan imannya.

Dalam Ibrani 10:25, penulisnya menjelaskan bahawa orang percaya tidak harus hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama. Allah mahu kita untuk berkumpul secara tetap dengan orang percaya yang lain—Dia mahu umat-Nya di gereja! Akan tetapi, ada golongan yang tidak memandang serius terhadap teguran ini. Saya sering mendengar ungkapan yang sering disebut-sebut ini: “Saya boleh menyembah Allah di rumah. Saya tidak perlu ke gereja.” Ramai orang percaya tujuan utama persekutuan adalah untuk menyembah—dan itu memang difahami. Lagipun, kita memanggilnya kebaktian penyembahan.

Jika penyembahan adalah satu-satunya sebab kita diarahkan untuk berkumpul, maka, mereka yang berdebat bahawa mereka boleh menyembah di rumah mempunyai hujah yang kukuh. Namun, penyembahan bukanlah satu-satunya tujuannya. Tidak juga supaya kita boleh diajar kebenaran Allah. Kita boleh memasang radio, televisyen, and melayari laman sesawang untuk mendengar ajaran alkitabiah yang benar. Pada zahirnya, apa jua yang kita lakukan di gereja boleh dilakukan di rumah juga.

Jadi, mengapakah kita diperintahkan untuk berkumpul bersama-sama? Kenapa pergi ke gereja?

Penulis kitab Ibrani mengatakan bahawa ia bertujuan mengelakkan kita daripada menyimpang. Kita adalah tubuh Kristus, dan apabila kita berkumpul bersama-sama dengan orang percaya yang lain, kita melakukan sesuatu yang berlaku secara semula jadi dan sesuatu yang akan dilakukan selama-lamanya—berada bersama-sama dalam hadirat-Nya. Kitalah yang membentuk gereja, dan bersama-sama kita saling memberikan kekuatan melalui doa, persekutuan, dan dorongan.

Pasukan musuh sentiasa bekerja di sekeliling kita, cuba menyesatkan kita. Komitmen individu sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kita setia. Kita memerlukan kehadiran dan kebertanggungjawapan orang percaya yang lain—dan mereka memerlukan kita. Apabila kita menyerahkan kehidupan kita kepada Kristus, Dia menggunakan kita dalam pelbagai cara yang mungkin tidak diketahui kita.

Kebertanggungjawapan dan dorongan dalam gereja menjadi pengukuh kita yang menghalang kita daripada dihanyutkan arus. Mengabaikan persekutuan secara tetap bersama-sama jemaat Kristian yang lain bermaksud terlepas unsur penting ini dalam pertumbuhan iman kita.

Kehadiran gereja yang tetap tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat perkenanan Allah. Sebaliknya, ia harus menjadi pemangkin untuk pertumbuhan rohani. Mintalah Allah untuk memimpin anda ke gereja yang mengajar Firman Allah tanpa menjejaskan kebenaran-Nya dan menyatakan kasih, rahmat, dan pengampunan-Nya kepada semua orang. Apabila Dia melakukan itu, anda akan mendapati Dia telah memimpin anda ke gereja yang boleh digelar sebagai rumah.

Hari 27Hari 29

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal