Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Menantikan Kedatangan Semula Tuhan
Prinsip Hidup 30: Penantian beria-ia akan kedatangan semula Tuhan membuat kita hidup dengan lebih produktif.
Sepanjang Alkitab, kita melihat tiga peringatan kepada kita tentang kedatangan semula Tuhan:
1. Kita harus berjaga-jaga dengan setia. Firman Allah mengajar kita untuk tabah hati dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan (1 Kor. 16:13), berwaspada dan melengkapkan diri dengan iman, kasih dan keselamatan (1 Tes. 5:8). Sementara kita berwaspada, kita harus sentiasa berhati-hati terutamanya terhadap nabi palsu, menguji setiap roh dan menolak semua yang tidak mengaku Yesus Kristus ialah Allah dalam bentuk manusia (2 Ptr 2:1; 1 Yoh 4:1-2).
Yesus berkata kepada Yohanes dalam satu penglihatan dan memberikan satu janji besar bagi mereka yang sentiasa berwaspada: “Dengarlah! Aku datang seperti pencuri! Berbahagialah orang yang berjaga-jaga” (Why. 16:15).
2. Kita harus bekerja dengan tekun. Mengapakah Yesus meninggalkan kita di bumi ini selepas Dia menyelamatkan kita? Mengapakah kita tidak dilahirkan semula, dan segera dibawa ke dalam hadirat Tuhan? Ini kerana kita masih ada kerja yang perlu dilakukan!
Kita harus menjadi saksi Tuhan, mengkhabarkan kasih Allah dan kematian penebusan Yesus Kristus. Kita juga ditugaskan unutk bersaksi kepada orang lain tentang apa yang telah dilakukan-Nya dalam kehidupan kita, melalui pertuturan dan contoh kita. Selagi ada jiwa di bumi ini yang belum mendengar tentang injil Tuhan Yesus Kristus, kita masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan.
3. Kita harus menanti dengan sabar. Lebih daripada empat ratus kali dalam Alkitab, Tuhan memerintah kita agar jangan takut tetapi menikmati kedamaian—dan Dia memanggil kita untuk berdamai sementara menantikan kedatangan semula-Nya. Kita diajar dalam Alkitab bahawa tanpa Yesus, tiada kedamaian … tidak dalam hati manusia dan tidak juga di kalangan manusia atau bangsa. Dengan Yesus, kita boleh mengalami kedamaian yang melampaui segala akal dan menetap jauh di lubuk hati (Flp. 4:7). Kita harus mencari dan menemukan kedamaian ini sementara kita menantikan kedatangan semula Tuhan.
Apabila Tuhan datang, adakah Dia akan mendapati anda di kalangan mereka yang mengasihi-Nya dan memanggil-Nya Penyelamat dan Tuhan? Adakah Dia akan mendapati anda sedang melakukan apa yang diperintah-Nya, beria-ia untuk melihat-Nya dan bersedia untuk kemunculan-Nya? Anda harus mempunyai jawapan pasti untuk menjawab semua soalan ini. Jadi, bagaimanakah anda akan memilih cara untuk memberikan respons terhadap panggilan Tuhan untuk kehidupan anda?
Sebenarnya, Dia akan datang semula!
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang 30 Life Principles atau untuk memuat turun sumber tambahan untuk membantu anda bertumbuh dalam perjalanan anda bersama dengan Tuhan, klik di sini.
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More