Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Pengalaman Susah dalam Kehidupan Kita
Prinsip Hidup 29: Kita belajar lebih banyak melalui pengalaman susah berbanding pengalaman senang.
Kesusahan, seksaan jiwa, ujian, kesengsaraan, dan kesakitan berfungsi sebagai pengajaran di sekolah pengalaman. Ia membawa kita ke sebuah tempat dengan wawasan dan pemahaman yang baru. Ia boleh mengubah pandangan kita tentang dunia, tentang Allah, dan menyebabkan kita untuk mengubah sikap kita. Sudah tentu, Tuhan adalah Guru yang terulung. Dialah yang kita harus cari untuk maksud di sebalik setiap pengajaran yang berkaitan dengan kesusahan.
Allah membenarkan kesusahan kerana sekurang-kurangnya tiga sebab:
1. Untuk Mendapat Perhatian Kita
Tuhan menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan perhatian kita bila perlu—dan kesusahan adalah salah satu kaedahnya. Jangan lambat memberikan respons kepada Tuhan apabila Dia bertindak untuk mendapatkan perhatian anda. Berikanlah respons dengan cepat dan rendah hati. Dengarlah apa yang Dia ingin bicarakan kepada anda.
2. Sebagai Ujian
Ada kalanya, Allah membenarkan kesusahan untuk memotivasikan kita supaya menyelidiki diri. Angin kesusahan meniup isu permukaan dan memaksa kita untuk menghadapi masalah pada tahap yang lebih dalam. Tiada apa-apa yang berupaya membuat kita lebih dekat kepada Allah daripada kesengsaraan. Ia menanggalkan selimut penafian dan menunjukkan siapa diri kita yang sebenar, dan apa yang kita percaya tentang Allah, keilahian dan kesetiaan-Nya.
Paulus menggalakkan jemaat Korintus, “Oleh itu setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu” (1 Kor. 11:28). Dengan kata lain, “Selami diri dan terokai apa yang mendorong, memotivasi, dan menarik minat anda.” Jika ia tidak berkaitan dengan Allah, maka ia tidak betul. Dia harus menjadi faktor motivasi anda dalam setiap waktu kehidupan.
3. Untuk Mengubah Sikap
Tidaklah mencukupi bahawa Allah inginkan perhatian kita atau menggalakkan kita untuk menilai kehidupan kita secara jujur. Kita juga mesti membenarkan Roh-Nya untuk memiliki akses bebas kepada setiap lingkungan. Melainkan kita mengubah respons dan sikap kita, kita tidak akan memperoleh faedah daripada kesusahan atau bertumbuh hasil daripadanya. Allah menyediakan cabaran, dan kita berpeluang mentaati atau mengingkari-Nya. Pilihan di tangan kita, dan akibatnya juga ditanggung oleh kita.
Jika anda sanggup membenarkan Allah untuk menimbulkan sampah dalaman kehidupan anda—dan jika anda sanggup mengubah apa yang perlu diubah—anda akan keluar daripada kesusahan itu lebih dekat kepada Kristus, lebih matang sebagai anak-Nya, dan dengan potensi yang jauh lebih besar untuk mencerminkan kasih Allah kepada dunia di sekeliling anda.
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More