Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Memindahkan Berkat Allah
Prinsip Hidup 25: Allah memberkati kita supaya kita dapat memberkati orang lain.
Allah telah menyelamatkan anda dan saya supaya kita akan menjadi teladan kepada orang lain tentang kasih dan belas kasihan-Nya yang bekerja dalam dan melalui kehidupan kita.
Ramai orang nampaknya berfikir bahawa satu-satunya tujuan keselamatan adalah supaya seseorang itu dapat ke syurga setelah dia meninggal dunia. Kehidupan abadi adalah sebahagian daripada rancangan pengampunan Allah, tetapi ia bukanlah alasan tunggal keselamatan kita. Allah menyelamatkan kita supaya setiap seorang daripada kita akan mencerminkan sifat-Nya—supaya kita menjadi umat-Nya di bumi ini, melakukan pekerjaan yang Yesus sendiri akan lakukan sekiranya Dia meletakkan diri dalam kehidupan kita, di dunia kita, sepanjang hidup kita. Dia ingin menyatakan sifat-Nya melalui personaliti dan bakat kita.
Apabila kita membenarkan Roh Kudus-Nya untuk bekerja dalam kita dan melalui kita terhadap orang lain, kita menjadi alat untuk menunjukkan tindakan kasih-Nya. Kita mula mencerminkan belas kasihan, kasih, dan rahmat-Nya kepada orang lain. Dan dengan demikian, kita menjadi saksi-Nya.
Allah memanggil kita untuk melayani satu sama lain sebagaimana yang dilakukan oleh Yesus. Dia tidak menyelamatkan anda atau memanggil anda untuk melayani supaya anda dihormati, dipuji, dimuliakan, atau dipuja. Dia menyelamatkan anda supaya anda dapat melayani-Nya dan orang lain. Apabila kita melakukan ini, kita memuliakan-Nya dengan kehidupan kita. Perkara paling penting yang anda dapat lakukan selain menerima Kristus sebagai Juruselamat anda adalah menyerahkan hidup anda kepada-Nya dan membenarkan-Nya untuk memimpin anda setiap hari.
Sesetengah orang salah faham bahawa apa yang dilakukan oleh kita adalah tidak penting bagi Allah, tetapi ini tidak benar. Dia mempunyai rancangan bagi setiap seorang daripada kita. Apabila kita membuat keputusan untuk berjalan secara beriman, Dia akan menyatakannya kepada kita—dan rancangan itu sentiasa termasuk pelayanan dan dedikasi kepada-Nya dan kepada mereka yang ditempatkan-Nya dalam kehidupan kita.
Allah mengasihi kita supaya kita dapat mengasihi orang lain. Dia memberkati kita supaya kita dapat memberkati orang lain. Inilah kehidupan Kristian yang sebenar.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More