Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Beban atau Penghubung?
Prinsip Hidup 26: Kesusahan adalah penghubung kepada hubungan yang lebih intim dengan Allah.
Apakah tujuan Allah dalam kesusahan? Objektif asas-Nya adalah membawa kita lebih dekat kepada-Nya. Dia tidak seronok dengan penderitaan atau kesedihan, tetapi Dia menggunakan semua ini untuk mengajar kita tentang kasih dan kesetiaan-Nya.
Saat kesusahan melanda, kerentanan kita juga bertambah, dan kita mungkin mendapati diri tertanya-tanya kenapa Allah membenarkan kita untuk menghadapi kesusahan itu. Penderitaan, kekecewaan, dan ujian adalah alat efektif yang digunakan-Nya untuk membawa kita kepada-Nya dan ke salib di mana kita menyedari keperluan peribadi kita untuk Juruselamat. Kita terpegun dengan satu fikiran penentu: Saya memerlukan Allah. Kita memerlukan kekuatan, kebijaksanaan, dan pengampunan-Nya.
Apabila anda menghadapi kesusahan, sentiasa ingatlah bahawa Allah mempunyai tujuan untuk membenarkan hal itu untuk menyentuh kehidupan anda. Dia tidak pernah hilang kawalan. Dia mempunyai rancangan dan matlamat, bukan untuk situasi itu sahaja, tetapi untuk seluruh hidup anda juga. Pada waktu susah, Dialah menara yang kukuh buat anda (Amsal 18:10), dan Dia berjanji tidak akan meninggalkan anda.
Apabila kesusahan melanda, salah satu perkara pertama yang harus kita lakukan adalah untuk berbalik kepada Tuhan dan meminta agar Dia menunjukkan apa yang kita harus belajar dalam situasi itu. Pada mulanya, kita mungkin bergumul dengan perasaan tidak percaya atau penafian, tetapi fikiran utama kita haruslah kepercayaan dan keyakinan tentang kemampuan Allah. Langkah kedua adalah menetapkan komitmen kita terhadap-Nya dan meletakkan fokus kita pada-Nya—bukan pada keadaan kita.
Jangan lupa bahawa Allah mengetahui masa depan kita! Dia memahami kebaikan kesusahan dan bagaimana ia boleh digunakan untuk menguatkan iman anda, menyempurnakan harapan anda, dan menetapkan hati anda dengan kepuasan dan kepercayaan. Tanpa waktu yang susah, anda akan terlepas pengalaman kuat di mana Allah berjalan bersama anda dalam kesusahan hidup ini.
Oleh itu, tetapkanlah tumpuan hati anda pada Yesus. Jangan biarkan kata-kata negatif orang lain untuk menggoda anda untuk menyimpang. Terus dekat kepada Tuhan dalam pengabdian diri dan doa. Baca Firman-Nya. Dia akan memimpin anda melalui kesukaran yang paling besar, dan anda akan tahu maksudnya hidup di tempat lapang berkat.
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More