Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 20 DARIPADA 36

Mengatasi Kekecewaan

Prinsip Hidup 20: Kekecewaan tidak dapat dielakkan, berputus asa adalah satu pilihan.

Tuhan mempunyai rancangan yang unik untuk kehidupan anda—satu rancangan yang tidak akan berubah mengikut keadaan yang tidak menentu. Apabila anda menghadapi keadaan yang tidak selaras dengan pemahaman anda tentang cara hidup yang diinginkan Allah buat anda, anda harus berhenti dan mencari-Nya untuk memperoleh hala tuju. Ada kalanya, Dia membenarkan kekecewaan terjadi supaya anda akan belajar bergantung sepenuh pada-Nya—untuk berjalan secara beriman dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat. Namun, jangan sekali-kali lupakan ini: Walaupun kekecewaan tidak dapat dielakkan, berputus asa adalah satu pilihan. Anda tidak harus membenarkan cabaran yang timbul untuk merampas semangat atau keyakinan anda pada-Nya.

Dalam kekecewaan harian yang menggoncangkan emosi anda dan memesongkan perhatian anda daripada Tuhan, anda mempunyai pengharapan sebenar dan pilihan sebenar untuk sukacita dan kehidupan yang berkelimpahan dalam Kristus. Keadaan tidak menguasai anda; Yesuslah yang menguasai anda. Anda tidak perlu menjadi mangsa perasaan anda. Anda boleh memilih untuk mencari Allah, mendengar, belajar, dan maju ke hadapan. Apabila anda berbuat demikian, bahagian hati anda yang terluka dan ditolak, dan parut daripada kekecewaan lama akan lenyap dalam kasih pemulihan Allah.

Allah mempunyai berkat untuk anda—lebih daripada yang anda boleh bayangkan. Lepaskan semua kekecewaan dan ketakutan untuk berharap dan percaya semula. Allah memegang masa depan anda dalam tangan-Nya, dan anda tidak akan kalah kerana menantikan apa yang telah disediakan-Nya.

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal