Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 16 DARIPADA 36

Apabila Rancangan Menjadi Abu

Prinsip Hidup 16: Apa yang anda peroleh di luar kehendak Allah akan menjadi abu akhirnya.

Keinginan yang paling mendalam pada setiap hati manusia—satu perkara yang sangat kita inginkan—adalah mengenali Allah.

Anda mungkin tidak memahami keinginan dalam batin anda sebagai keinginan akan Allah—sebenarnya, anda mungkin berasa tidak berpuas hati dengan kehidupan anda. Mungkin hubungan yang anda inginkan dan peroleh bukanlah sesuatu yang anda jangkakan. Mungkin anda memiliki segala sesuatu yang anda inginkan, tetapi masih melalui waktu kerinduan, kesedihan, dan kesunyian.

Ketidakpuasan hati, jangkaan yang tidak tercapai, dan kekecewaan serta kesunyian asalnya daripada tempat yang sama: kerinduan akan Allah. Beberapa abad yang lalu, Augustine menulis, “Engkau telah mencipta kami untuk diri-Mu, ya Tuhan, dan hati kami akan terus resah sehinggalah kami menemui ketenangan dengan mengenal Engkau.” Setelah kita memuaskan diri dengan kehadiran Allah, kita kurang memerlukan apa yang ditawarkan oleh dunia ini. Apabila kita menjalin hubungan dengan Tuhan, Dia berjanji untuk menyatakan diri-Nya kepada kita saat kita bersekutu dengan-Nya.

Apabila anda mengembangkan hubungan anda dengan Allah dan mengetahui lebih banyak lagi tentang sifat kudus-Nya, Dia akan menerangi hati dan minda anda, memberikan anda keinginan yang lebih mendalam untuk mengenal-Nya dengan lebih intim—meninggalkan keinginan daging anda sepanjang proses itu. Keinginan duniawi anda tidak dapat dibandingkan dengan kedamaian, sukacita, dan kepuasan yang diberikan Allah. Sebaliknya, anda melihat perkara yang diperoleh di luar kehendak-Nya bertukar menjadi abu, sementara berkat yang diberikan-Nya kepada anda menguatkan dan memuaskan jiwa anda.

Maka, kita menyedari sekali lagi bahawa sementara memperoleh apa-apa di luar kehendak-Nya akan mengecewakan kita, Dia "sentiasa membahagiakan" kita (Mazmur 16:11).

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal