Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 14 DARIPADA 36

Allah Bertindak Bagi Pihak Kita

Prinsip Hidup 14: Allah bertindak bagi pihak mereka yang menanti-Nya.

Dalam dunia yang terburu-buru ini, menantikan sesuatu boleh menyebabkan kita hilang sabar dan kewajaran kita lebih kerap daripada yang ingin diakui. Namun, Firman Allah menegaskan agar kita mempelajari beberapa pengajaran hidup yang paling penting sementara kita menunggu. Walaupun bilik menunggu boleh menjadi bilik darjah yang sukar, Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang menanti-Nya.

Apabila kita menantikan Allah …

  • Kita menemukan kehendak-Nya.

Allah tidak membenarkan kelewatan dalam memberikan apa yang kita inginkan untuk memimpin kita. Sebaliknya, sementara kita menanti, Dia menyatakan kehendak-Nya kepada kita dan menghasilkan yang baik bagi kebaikan kita dan kemuliaan-Nya (Roma 8:28). 

  • Kita menerima kuasa dan kekuatan yang luar biasa.

Sementara Allah menguatkan hubungan kita dengan-Nya sepanjang waktu menanti, Dia juga meningkatkan tenaga, iman, ketahanan, dan kekuatan kita (Yesaya 40:29-31).

  • Kita mendapat kemenangan dalam pertempuran.

Apabila kita melakukan sesuatu berdasarkan cara dan waktu kita, kita akan dikalahkan. Namun, apabila kita menantikan Allah dan mentaati perintah-Nya, Dia memastikan kemenangan kita (Amsal 20:22).

  • Kita menyaksikan penggenapan iman kita.

Walaupun orang lain menggalakkan kita untuk terus maju dan bukannya menantikan Tuhan, kita mesti ingat bahawa hanya Dia yang boleh membantu kita dan tidak akan menghampakan kita (Yesaya 49:23).

  • Kita menyaksikan pekerjaan-Nya bagi pihak kita.

Sementara kita menunggu secara aktif, Allah bekerja secara aktif (Yesaya 64:4). Setiap hari, kita mempunyai Pengantara yang paling hebat bekerja bagi pihak kita. Meskipun, semasa keadaan tidak berjalan lancar, Dia memastikan semuanya berhasil menurut tujuan-Nya. Betapa indah janji itu!

Walaupun penantian mungkin salah satu perkara yang lebih sukar dalam kehidupan Kristian, ia tidak membuang masa. Allah memberikan arahan kepada kita sepanjang tempoh penantian aktif, memimpin kita mengikut kehendak-Nya, mempersiapkan kita untuk jawapan-Nya, dan mengunakan waktu itu untuk menilai motif kita dan menguatkan iman kita. Apabila kita memilih untuk menanti-Nya, Allah akan menggunakan waktu penantian yang lama dalam kehidupan kita untuk memberkati kita—secara besar dan di luar jangkaan kita—jika kita membenarkan-Nya.

Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal