Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Janji-Nya untuk Membekal
Prinsip Hidup 11: Allah menerima tanggungjawab penuh terhadap keperluan kita apabila kita mentaati-Nya.
Adakah anda betul-betul percaya bahawa Allah berupaya dan mahu memenuhi semua keperluan anda? Kebanyakan orang akan berkata ya. Namun, apabila kesusahan menimpa, masalah timbul, dan penderitaan melanda, kita sering tertanya-tanya di manakah Allah dan bagaimana kita boleh mempercayai-Nya. Tuhan bukan sahaja mampu memenuhi semua keperluan kita, Dia juga berupaya memuaskan keinginan hati kita yang paling mendalam.
Segelintir golongan mempersoalkan pemikiran ini. Mereka berkata, “Saya tahu Allah mampu memenuhi keperluan saya, tetapi adakah Dia akan berbuat demikian? Tidakkah Dia tahu bahawa saya sedang bergumul?” Tuhan tahu pergumulan yang sedang melanda hidup anda.
Sementara soalan seperti ini ditanya oleh setiap seorang daripada kita pada suatu ketika, kita perlu mempelajari satu prinsip yang lebih dalam, iaitu bagaimana memfokus pada iman kita apabila diuji. Allah adalah komited untuk memenuhi keperluan kita, tetapi sebelum itu Dia mahu kita juga komited untuk menjalankan kehidupan ini demi-Nya.
Iman memerlukan kepercayaan sepenuhnya terhadap-Nya, walaupun ketika kita tidak memahami mengapa Dia membenarkan keadaan untuk berlaku dengan cara tertentu. Pertimbangkan semua orang dalam Alkitab yang mempercayai Tuhan dan mencapai kemenangan yang luar biasa: Musa, Daud, Yeremia, Elia, murid-murid, Maria, dan ramai lagi. Kita tidak harus mentaati-Nya semata-mata untuk memanipulasikan situasi kita. Allah kenal hati kita. Apabila kita berserah kepada-Nya, Dia melihat kesetiaan kita dan akan bekerja bagi pihak kita.
Anda boleh bergantung pada kasih, kebijaksanaan, kuasa, dan kasih karunia Allah. Dia tidak akan mengecewakan anda. Dia merupakan Allah yang mengambil berat tentang anda, dan Dia akan membekali anda dengan apa yang diperlukan tepat pada waktunya. Apabila Dia melakukan itu, ia semestinya melampaui segala sesuatu yang anda bayangkan.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More