Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Allah Akan Menyatakan Kehendak-Nya Kepada Anda
Prinsip Hidup 10: Jika perlu, Allah akan mencuba sedaya upaya untuk menyatakan kehendak-Nya kepada kita.
Allah sentiasa mahukan yang terbaik bagi kita, dan Dia setia menunjukkan kepada kita bagaimana mengikuti rancangan khusus yang telah direka bentuk-Nya bagi setiap kehidupan kita. Apabila kita mula menyimpang daripada rancangan Allah bagi kita, Dia akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapat perhatian kita dan melindungi kita daripada bahaya.
Dia mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian kita, antaranya:
1. Roh yang Resah
Ada kalanya, Allah mendapat perhatian kita dengan membuat kita rasa resah (Ester 6). Jika anda mengalami keresahan dalaman—sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti—berhentilah dan berdoa, “Tuhan, adakah Engkau ingin menyatakan sesuatu kepada saya?”
2. Kata-kata yang Diucapkan
Allah juga mendapat perhatian kita melalui kata-kata orang lain. Jika beberapa orang mula memberitahu anda perkara yang sama dalam jangka masa yang singkat, tanyalah Tuhan sama ada Dia cuba berbicara kepada anda melalui mereka.
3. Berkat Luar Biasa
Allah mungkin memberkati kita dengan cara yang luar biasa untuk mendapat perhatian kita.
4. Doa yang Tidak Dijawab
Ada kalanya, Allah akan menjawab doa dengan "tidak." Dia mungkin kekal senyap terhadap doa kita sebagai salah satu cara untuk menggalakkan kita untuk menilai diri kita.
5. Kekecewaan
Tuhan mungkin membenarkan beberapa halangan dalam kehidupan kita untuk menghalang kita daripada merancang haluan sendiri.
6. Keadaan yang Luar Biasa
Ada kalanya, Allah akan menggunakan keadaan yang luar biasa untuk membuat kita berhenti dan mendengar. Belajar untuk mencari hadirat Allah dalam setiap keadaan hidup; Dia meninggalkan jejak kaki dan pekerjaan-Nya di sekeliling kita (Keluaran 3).
7. Kekalahan
Allah mungkin menggunakan kekalahan untuk menunjukkan kebenaran kepada kita. Namun, ini juga boleh menjadi batu lonjatan yang besar untuk kejayaan (Yosua 7).
8. Masalah Kewangan
Bangsa Israel menyembah berhala dan ingkar pada zaman Hakim-hakim di mana “tiap-tiap orang melakukan apa yang dianggapnya benar” (Hakim-hakim 17:6). Mereka hanya berseru kepada-Nya apabila Dia merampas semua harta material mereka (Hakim-hakim 6:3-6). Tuhan tahu apa yang akan mendapat perhatian mereka. Demikian juga dengan kita.
9. Tragedi, Penyakit dan Penderitaan
Apabila Raja Hizkia menjadi sombong, Allah menggunakan penyakit untuk menyedarkannya tentang masalahnya (2 Tawarikh 32:24). Apabila Saulus dari Tarsus menganiayai orang Kristian, Allah membutakan dia—satu taktik yang pasti mendapat perhatiannya (Kisah Rasul-rasul 9:1-19). Kita harus melihat tragedi dan penderitaan kita sebagai sebab untuk bertanya pada Tuhan, “Apakah yang Engkau ingin katakan?”
Bapa sentiasa tahu kedudukan anda dalam perjalanan iman anda dan apa yang akan mendapat perhatian anda. Perhatikan sama ada mana-mana daripada kaedah ilahi ini sedang berlaku—atau berulang-ulang—dalam kehidupan anda. Jika ya, tanyalah pada Tuhan apa yang Dia ingin katakan kepada anda, dan dengarlah ... bukan mendengar semata-mata, tetapi mentaatinya.
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More