Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Syukurlah sukacita Tuhan adalah pengalaman sebenar sekarang, dan ia melampaui mana-mana pengalaman yang disengajakan, kerana sukacita Tuhan membawa kita kepada kesedaran akan Allah, dan kemuliaan dalam tubuh kita yang menghadapi risiko akan tergugat adalah kemuliaan Allah. Adakah kita menyedari bahawa Anak Allah telah dibentuk dalam kita oleh Penebusan-Nya yang menakjubkan? Inilah kemuliaan orang kudus di sini dan sekarang ini juga—kemuliaan kekudusan sebenar yang diperlihatkan dalam hidup yang nyata.
Allah Maha Berkuasa menjadi yang paling lemah dalam ciptaan-Nya, iaitu, seorang Bayi. Orang kudus yang matang adalah seperti seorang anak kecil, sangat lurus dan bersukacita. Teruskan kehidupan yang diingini Allah buat anda dan anda akan menjadi semakin muda bukannya semakin tua. Berlakunya peremajaan yang mengagumkan apabila anda mengikuti jalan Allah. Sekiranya anda rasa sangat tua, dilahirkanlah semula dan berusaha lebih gigih.
Soalan Renungan: Adakah saya mengamalkan tabiat yang selaras dengan kekudusan Kristus? Dari segi apakah Allah terbentuk dalam diri saya? Adakah saya sanggup menjadi lemah untuk mendapat semula sukacita keanak-anakan?
Dipetik daripada The Psychology of Redemption, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org