Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Setiap kali malaikat datang ke bumi, mereka muncul penuh bersukacita dan ia harus diteruskan (cf. Lukas 2:13). Dunia ini bagaikan bilik sakit, dan apabila Allah mengutuskan malaikat-Nya ke sini, Dia perlu mengatakan—"Senyap; mereka amat sakit kerana dosa sehinggakan mereka tidak dapat memahami keriuhan kamu." Setiap kali selubung dibuka, adanya gelak ketawa dan sukacita. Ini adalah sifat Allah dan aturan Allah; kemuraman, penindasan dan kemurungan adalah sifat segala sesuatu yang bukan milik Allah.
Setiap kali kita berurusan dengan Allah berkenaan perjanjian-Nya dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, tiada rasa merit, tiada ramuan manusia, tetapi kita ditimpa sepenuhnya oleh perasaan menjadi ciptaan Allah sehinggakan kita diubah oleh kedamaian dan sukacita.
Soalan Renungan: Apakah selubung ajaran palsu yang menghalang saya daripada mengalami sukacita Tuhan? Bilakah kali terakhir saya berasa penuh bersukacita? Bagaimanakah kekreatifan berhubung kait dengan sukacita?
Dipetik daripada Not Knowing Where, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org