Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Sukacita memaksudkan penggenapan sempurna tujuan penciptaan dan pembaharuan saya, bukan kejayaan melaksanakan sesuatu. Sukacita Tuhan kita terletak dalam melaksanakan apa yang Bapa telah mengutus-Nya untuk laksanakan. Kita perlu menemui bidang kita dalam kehidupan dan secara rohaniah kita menemuinya apabila kita menerima pelayanan kita daripada Tuhan. Demi melakukan ini, kita mesti berhubungan dengan Yesus; kita mesti mengenali-Nya lebih daripada sebagai Penyelamat peribadi sahaja. Sudahkah saya menerima pelayanan daripada Tuhan? Jika ya, saya perlu setia terhadapnya, menganggap kehidupan saya berharga demi memenuhi pelayanan saya sahaja.
Tuhan, saya datang kepada-Mu. Penuhilah saya dengan kemurahan hati hidup-Mu sehingga fikiran saya, imaginasi saya, dan pertuturan saya serupa dengan-Mu. Engkau dengan agungnya telah membaharui roh saya dan memulihkan sukacita saya akan keselamatan-Mu!
Soalan Renungan: Apakah bidang rohani saya? Apakah yang sedang saya lakukan, yang hanya dapat dilakukan oleh saya? Apakah pelayanan saya daripada Tuhan? Adakah saya setia melakukannya? Dari segi apakah kehidupan saya berharga kepada Yesus?
Dipetik daripada Called of God dan Knocking at God's Door, © Discovery House Publishers

Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org