Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Sama ada anda adalah bijak ataupun bodoh, jujur ataupun tidak, seorang raja ataupun ditindas oleh raja, berjaya ataupun gagal, dalam masyarakat ataupun bersendirian, keras kepala ataupun bijaksana, semua orang berakhir dengan cara yang sama. Semua ini hanya sementara, kata Salomo, dan kita tidak menemui sukacita kekal dalam mana-mana unsur yang ingin kita sentuh. Memanglah membawa kecelakaan jika seseorang itu cuba dan mencari sukacita sejatinya dalam mana-mana frasa kebenaran, ataupun dalam pencapaian cita-cita, ataupun dalam keterasingan fizikal ataupun intelektual, ataupun dalam masyarakat; dia hanya akan menemukan sukacitanya dalam hubungan peribadi bersama dengan Allah. Yesus Kristus ialah Allah yang menjelma menjadi manusia, dan kita harus membenci apa-apa yang bersaing dengan hubungan kita dengan-Nya.
Sukacita sebenar dalam kehidupan kita terletak dalam hubungan kita dengan Allah, dan keyakinan besar Ibrani dalam Allah adalah ia tidak menjadikan kita tidak layak untuk kehidupan sebenar. Ia sentiasanya ujian akan agama palsu.
Soalan Renungan: Di tempat atau kedudukan apakah saya cuba menemukan sukacita? Dalam cita-cita, kepercayaan, atau keyakinan apakah saya menjangkakan sukacita? Dalam hubungan kemanusiaan yang manakah saya mencari sukacita?
Dipetik daripada Still Higher for His Highest, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org