Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 11 DARIPADA 30

Memanglah menakjubkan untuk melihat lelaki atau perempuan yang hidup dalam cahaya sesuatu yang tidak kelihatan. Anda selalu dapat mengecam seseorang dengan standard tak nampak; ada sesuatu yang membuat mereka baik meskipun dari setiap segi mereka patut menjadi perengus. Itu adalah tanda seseorang Kristian. Dia tidak hanyut pada waktu bahaya. Dia mempunyai sauh yang kukuh sampai ke belakang tabir. Apabila kita sedar bahawa suatu masa akan datang di mana segala sesuatu akan dijelaskan sepenuhnya, ia memenuhkan roh kita dengan sukacita yang tidak dapat dihancurkan.

Ya Tuhan Allah, siapa Engkau kepada saya mula nampak secara samar-samar—lebih daripada sinar mentari pagi, lebih daripada sukacita dan kesihatan, lebih daripada segala berkat-Mu. Sedarkan saya semula pagi ini dan buatlah saya bersinar sepanjang jalan dengan cahaya-Mu.

Soalan Renungan: Bagaimanakah kesedaran akan Dia yang memegang masa depan mengelakkan saya daripada hanyut dalam kekecewaan? Apakah cahaya yang perlu dijadikan tumpuan saya untuk kekal dalam perjalanan sukacita? Di manakah saya meletakkan sauh saya untuk mengelakkan daripada terpesong dari haluan yang betul?

Dipetik daripada The Place of Help dan Knocking at God’s Door, © Discovery House Publishers
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org