Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Salomo memiliki segala sesuatu yang mungkin dimiliki manusia, dia mempunyai semua cara untuk memuaskan dirinya; dia sudah mencuba cara jahat, cara mengagumkan, cara estetik, dan cara intelektual tetapi, katanya, anda tidak akan menemui sukacita yang kekal dalam semua itu. Sukacita hanya ditemui dalam hubungan anda dengan Allah semasa anda berada di dunia ini, anda debu dan anda akan kembali menjadi debu. Debu adalah unsur terbaik dalam manusia, kerana dalamnya kemuliaan Allah dinyatakan.
Apa yang telah dicipta Allah adalah kepuasan kepada Allah, tetapi sehingga kita mengenali-Nya terdapat banyak perkara dalam ciptaan-Nya yang dipandang ringan oleh kita. Setelah kita memahami Allah, kita bersukacita dengan ciptaan-Nya sebagaimana Dia bersukacita dengan ciptaan-Nya itu. Seseorang kanak-kanak menikmati apa yang telah dicipta Allah, segala sesuatu adalah menakjubkan kepadanya.
Soalan Renungan: Apakah lagi yang saya rasa saya perlukan untuk memperoleh sukacita? Apakah maksudnya bersukacita dalam ciptaan Allah? Mengapakah saya rasa debu adalah kutukan dan bukannya berkat?
Dipetik daripada Still Higher for His Highest dan God’s Workmanship, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org