Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 17 DARIPADA 30

Tuhan kita bercakap tentang sukacita menemui benda yang hilang. Bagi saya, sentiasa ada tarikan ini: Tuhan ingin melihat menerusi mata saya. Tuhan ingin berfikir menerusi otak saya. Tuhan ingin bekerja menerusi tangan saya. Tuhan ingin hidup dan berjalan dalam tubuh saya untuk satu tujuan—untuk mencari orang yang sesat daripada sudut pandangan-Nya. Adakah saya membenarkan Dia berjalan dan hidup dalam saya?

Kenyataan rohani boleh selalu dipalsukan. "Berdiam dirilah di hadapan Tuhan" boleh dijadikan sentimen "karat" salih. Apakah yang dimaksudkan semua perbincangan kita tentang pengudusan? Ia harus memaksudkan kelegaan dalam Allah, iaitu kesatuan dengan Dia seperti kesatuan-Nya dengan Yesus—bukan sahaja tidak bercela di sisi Allah, tetapi sangat bersukacita terhadap-Nya.

Soalan Renungan: Adakah saya suka mencari benda yang hilang? Adakah saya peserta yang penuh minat dalam rancangan Allah untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat? Bagaimanakah saya bersalah kerana kerohanian yang palsu? Adakah saya menggalakkan apa-apa kelegaan selain daripada kesatuan dengan Yesus dan tidak bercela di sisi Allah?

Dipetik daripada Workmen of God dan The Place of Help, © Discovery House Publishers
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org