Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 18 DARIPADA 30

Kesedaran bahawa kekuatan diri saya sentiasa menjadi penghalang kepada saluran kehidupan daripada Allah merupakan pembuka mata. Seseorang yang mempunyai kepintaran yang besar cepat bergantung kepada kepintarannya dan bukannya bergantung kepada Allah. Seseorang yang kaya cepat bergantung kepada wang dan bukannya bergantung kepada Allah. Banyak antara kita yang mempercayai milikan kita dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Semua sumber kekuatan tersebut merupakan sumber kelemahan yang dilipatgandakan. Namun, apabila kita menyedari bahawa kehidupan sebenar kita "tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah," bahawa kita "hidup bersatu dengan-Nya," bahawa "seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia," maka, kekuatan-Nya terserlah dalam daging kita yang fana. Allah membenarkan Roh-Nya untuk membawa kita ke tempat di mana rahsia itu dibongkar dan dinikmati bahawa dalam kelemahanlah kuasa-Nya menjadi sempurna.

Soalan Renungan: Bagaimanakah kekuatan diri saya menghalang Allah? Bagaimanakah sumber saya menghalang Allah? Apakah rahsia yang disembunyikan daripada saya kerana saya enggan bergantung kepada Allah?

Dipetik daripada God’s Workmanship, © Discovery House Publishers
Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org