Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Pada peringkat kehidupan rohani yang tertentu, kita mempunyai konsepsi yang mengerikan bahawa segala sesuatu yang kita miliki, mesti dilepaskan. Dalam Alkitab, maksud pengorbanan adalah penyerahan sengaja milikan terbaik saya kepada Allah supaya Dia boleh menjadikannya milik-Nya dan milik saya untuk selama-lamanya; jika saya berpaut padanya, saya akan kehilangannya, demikian juga Allah. Allah memberitahu Abraham untuk mempersembahkan Ishak sebagai korban bakaran, dan Abraham mentafsirkannya sebagai dia harus membunuh anak lelakinya. Namun, di Gunung Moria Abraham melepaskan satu tradisi yang salah tentang Allah dan memperoleh satu wawasan yang betul tentang maksud korban bakaran: korban yang hidup (Roma 12:1-2). Ia kelihatan seolah-olah kita perlu melepaskan segala sesuatu, kehilangan semua milikan, dan daripada membawakan sukacita dan kesederhanaan, keKristianan membuat kita sengsara; sehingga tiba-tibanya kita menyedari tujuan Allah, agar kita mengambil bahagian dalam pembangunan moral sendiri, dan kita melakukan ini melalui pengorbanan hal yang semula jadi kepada yang rohani melalui ketaatan, tidak menafikan yang semula jadi, tetapi mengorbankannya.
Soalan Renungan: Apakah konsep yang salah tentang Allah yang dipegang oleh saya sehinggakan menghalang saya daripada mengalami sukacita?
Dipetik daripada He Shall Glorify Me, © Discovery House Publishers
Soalan Renungan: Apakah konsep yang salah tentang Allah yang dipegang oleh saya sehinggakan menghalang saya daripada mengalami sukacita?
Dipetik daripada He Shall Glorify Me, © Discovery House Publishers
Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org