Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Pada permulaan kerjaya Kristian, berkat Allah adalah amat nyata, sangat ditandai perasaan, sehinggakan orang Kristian berjalan lebih berdasarkan apa yang boleh dilihat daripada iman, Allah seolah-olahnya membelainya. Walau bagaimanapun, pada suatu ketika dalam kehidupan murid ini nanti, Allah menarik balik keselesaan ini, apabila sukacita dalam Allah tidak seperti dulu, apabila hadirat-Nya tidak begitu manis, dan suatu kekelaman yang aneh nampaknya melanda kehidupan rohaninya.
Untuk beberapa waktu, jiwanya diselubungi malam yang gelap pekat; kemudiannya, dia mula menyedari bahawa Allah sedang mengajarnya perbezaan berjalan dalam terang berkat dan memasuki pengalaman ucapan bahagia Ilahi; ataupun, pendeknya, Allah membawa jiwa keluar daripada alam perasaan agama dan emosi ke alam iman.
Soalan Renungan: Dari segi apakah Allah sedang mengajar saya untuk berjalan dalam terang syurgawi ucapan bahagia Ilahi dan bukannya dalam terang tiruan berkat duniawi?
Dipetik daripada God’s Workmanship, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org
Pelan yang Berkaitan

Mencari Hati Tuhan Setiap Hari - Kebijaksanaan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John Piper

Tahun Baru, Rahmat Baru

Lebih Baik Bersama

Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun

Menggunakan Masa Anda untuk Allah

Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini