Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Mana-mana jiwa yang tidak mempunyai tempat sunyi untuk bersendirian dengan Allah mengalami bahaya yang besar dari segi rohani. Adakah kita membenarkan tempat sunyi itu dimusnahkan atau digantikan dengan mazbah yang kelihatan cantik, dan orang yang sedang lalu di situ berkata, "Orang itu amat beragama." Mazbah sedemikian adalah penghinaan terhadap pekerjaan besar Allah dalam jiwa kita. Allah membenarkan kita untuk mengetahui semakin banyak tentang sukacita bersendirian dengan Allah dalam kegelapan malam dan ke arah waktu subuh.
Dalam kitab Wahyu, Yesus Kristus merujuk kepada diri-Nya sebagai "yang pertama dan yang terakhir." Keputusan manusia dibuat di tengah-tengah; permulaan dan keakhiran terletak pada tangan Allah. Dekri Allah adalah kelahiran dan kematian, dan di antara dua had itu manusia menentukan kebimbangan dan sukacita sendiri.
Soalan Renungan: Di manakah tempat sunyi saya dengan Allah? Adakah saya gemar bersendirian dengan Allah atau adakah saya lebih teruja untuk pergi ke tempat kerja? Adakah saya memulakan setiap hari dengan menanya Allah apa yang patut saya lakukan dan mengakhiri hari dengan menanya-Nya tentang prestasi saya?
Dipetik daripada He Shall Glorify Me dan Still Higher for His Highest, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org