Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 25 DARIPADA 30

Yesus bukanlah Penyelamat sahaja, tetapi juga Raja, dan Dia berhak untuk menuntut apa-apa dan segala-galanya daripada kita mengikut budi bicara-Nya. Kita bercakap mengenai sukacita dan penghiburan keselamatan; Yesus Kristus bercakap tentang memikul salib dan mengikut Dia. Hanya segelintir antara kita yang tahu tentang kesetiaan terhadap Yesus Kristus. Kita melihat Yesus Kristus sebagai Contoh kehidupan Kristian yang terbaik; kita tidak membayangkan Dia sebagai Allah Maha Kuasa yang menjelma menjadi manusia, yang memiliki segala kuasa di syurga dan di bumi. Kita menjadikan Dia rakan seperjuangan, yang bertahan lebih lama daripada kita dalam pertempuran kehidupan, serta menghulurkan bantuan-Nya. Kita berurusan dengan Dia seolah-olah Dia salah seorang daripada kita; kita tidak menanggalkan kasut semasa Dia bercakap. Yesus Kristus adalah Penyelamat, dan Dia menyelamatkan kita ke dalam ketuhanan mutlak dan kudus-Nya.

Soalan Renungan: Apakah sukacita yang saya temui dalam pengorbanan? Adakah saya memperoleh sukacita yang lebih besar kerana Yesus adalah rakan sekerja berbanding Raja? Adakah saya lebih bersukacita berfikir tentang memerintah dalam kerajaan Allah atau berfikir tentang penderitaan demi mengembangkannya?

Dipetik daripada He Shall Glorify Me, © Discovery House Publishers
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org