Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 20 DARIPADA 30

Kekayaan kemalangan! Itulah cara Paulus melihat penawanannya. Dia tidak mahu orang lain berasa murung kerananya, ataupun untuk membayangkan bahawa tujuan Allah akan dihalang; dia berkata ia tidak dihalang, malah dilanjutkan. Hal yang kelihatan membawa kecelakaan ternyata paling baik, dan kerana ini hatinya dipenuhi sukacita, lalu nada bersukacita terhasil.

Semangat ketaatan memberikan lebih banyak sukacita kepada Allah daripada segala sesuatu yang lain di dunia ini. Apabila kasih Allah dicurahkan ke dalam hati saya (Roma 5:5), saya mempunyai sifat Allah, dan saya sedar melalui ketaatan saya bahawa saya mengasihi-Nya. Ukuran terbaik akan kehidupan rohani bukanlah keghairahan, tetapi ketaatan.

Soalan Renungan: Apakah kecelakaan yang telah berubah menjadi peluang? Apakah sukacita yang akan terlepas pandangan saya jika saya tidak berjalan dengan Allah mengharungi kesukaran?

Dipetik daripada Conformed to His Image dan Not Knowing Where, © Discovery House Publishers
Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org