Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 14 DARIPADA 30

Sukacita yang boleh diberikan seseorang yang percaya kepada Allah adalah keseronokan yang paling tinggi yang dibenarkan Allah bagi orang kudus, dan amat memalukan untuk menyedari betapa sedikitnya sukacita yang diberikan kita kepada-Nya. Kita meletakkan kepercayaan kita dalam Allah hingga tahap tertentu, kemudian kita berkata, "Sekarang, saya mesti berusaha seboleh-bolehnya." Terdapat waktu di mana kita tidak dapat melakukan seboleh-bolehnya, di mana seboleh-bolehnya Ilahi mesti dibenarkan bekerja, dan Allah menjangkakan kita yang mengenali-Nya untuk berasa yakin dalam keupayaan dan kuasa-Nya. Kita perlu belajar apa yang dipelajari nelayan, bahawa Tukang Kayu Nasaret mengetahui lebih baik daripada mereka tentang cara mengendalikan perahu. Adakah Yesus Kristus seorang Tukang Kayu, atau adakah Dia Allah kepada saya? Jika Dia cumalah manusia biasa, mengapakah kita harus membiarkan Dia mengawal kemudi? Mengapa berdoa kepada-Nya? Namun, jika Dia ialah Allah, beranikanlah diri untuk ke titik nadir dan tidak kehilangan keyakinan dalam-Nya.

Soalan Renungan: Pernahkah saya mempertimbangkan idea bahawa saya boleh atau harus memberikan sukacita kepada Allah? Adakah saya sedar apa yang menyenangkan hati Allah? Dari segi apakah saya boleh memberikan sukacita kepada Allah?

Dipetik daripada The Place of Help, © Discovery House Publishers
Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org