Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Semua darjah sukacita terletak dalam hati. Bagaimanakah seseorang Kristian dipenuhi kegembiraan (jika kegembiraan bergantung kepada apa yang berlaku) apabila dia berada di dalam dunia di mana iblis mencuba seboleh-bolehnya untuk merampas jiwa daripada Allah, di mana orang diseksa dari segi fizikal, di mana sesetengah orang ditindas dan tidak diberikan peluang? Bergembira dalam keadaan tersebut adalah hasil sifat mementingkan diri yang paling sengsara. Walau bagaimanapun, hati yang bersukacita tidak pernah suatu penghinaan, dan sukacita tidak pernah dipengaruhi keadaan luaran.
Alkitab banyak berbicara tentang sukacita, tetapi ia langsung tidak berbicara tentang orang Kristian yang "gembira". Kegembiraan bergantung kepada apa yang berlaku; sukacita tidak. Ingatlah, Yesus Kristus memiliki sukacita, dan Dia berdoa "supaya penuhlah sukacita-Ku di dalam diri mereka."
Soalan Renungan: Apakah nisbah sukacita kepada kegembiraan dalam kehidupan saya? Berapa kerapkah saya membenarkan keadaan untuk menentukan angin saya? Berapa kerapkah saya bersukacita?
Dipetik daripada Biblical Psychology, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org
Pelan yang Berkaitan

Mencari Hati Tuhan Setiap Hari - Kebijaksanaan

Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John Piper

Tahun Baru, Rahmat Baru

Lebih Baik Bersama

Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun

Menggunakan Masa Anda untuk Allah

Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini