Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel
Satu-satunya cara kita boleh menikmati "pohon kehidupan" kita adalah dengan memenuhi tujuan penciptaan kita. Yesus Kristus berdoa "supaya penuhlah sukacita-Ku di dalam diri mereka." Hal yang membuat Yesus bersukacita bukanlah mengasingkan diri-Nya daripada perkara yang sebenarnya, tetapi Allah sudah memerintah dalam-Nya. Seluruh kehidupan Tuhan kita berakar berumbi dalam dan didasarkan pada Allah, akibatnya Dia tidak pernah keletihan atau sinis.
Dalam lingkungan kelahiran dan kematian saya boleh buat sesuka hati; tetapi saya tidak boleh membatalkan kelahiran saya dan tidak juga mengelakkan kematian, dua had itu wujud. Saya tidak bertanggungjawab meletakkan had itu, tetapi dalam lingkungan had itu saya boleh buat sekehendak hati saya. Sama ada saya mengalami masa yang membimbangkan atau masa yang menggembirakan bergantung kepada apa yang saya lakukan dalam tempoh tersebut.
Soalan Renungan: Siapakah yang membuat saya sinis? Mengapakah saya membenarkan nilai dan pilihan mereka untuk mengurangkan sukacita saya? Apabila saya membenarkan kesinisan, apakah yang diberitahunya tentang nilai saya? Apakah pilihan yang boleh saya buat untuk menggantikan kesinisan saya dengan sukacita?
Dipetik daripada Still Higher for His Highest, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
More
We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org