Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 3 DARIPADA 30

Apabila manusia menyimpang daripada Alkitab, Allah cumalah nama yang diberikan untuk kecenderungan biasa yang memajukan kepentingan manusia—bahawa Allah dan Yesus Kristus dan Roh Kudus bertujuan memberkati kita semata-mata, untuk memajukan kepentingan kita. Apabila kita melihat Perjanjian Baru, kita menemui idea yang bertentangan, bahawa melalui pembaharuan, kita dibawa kepada kedamaian dan kesatuan bersama Allah sehinggakan kita menyedari sukacita yang besar bahawa kita dimaksudkan untuk melayani kepentingan-Nya.

Jika kita kekal dalam cahaya dengan Allah, kehidupan kita adalah seperti kanak-kanak, mudah dan bersukacita selalunya. Memanglah mencukupi bagi kanak-kanak untuk menyedari bahawa bapanya ingin dia melakukan perkara tertentu dan dia belajar memperoleh kekuatan yang lebih daripada kekuatan dirinya.

Soalan Renungan: Adakah saya menggunakan Allah untuk memajukan kepentingan diri ataupun adakah saya melayani Allah untuk memajukan kepentingan-Nya? Adakah saya menggunakan Alkitab untuk membuktikan bahawa saya adalah betul ataupun untuk mengetahui apa kesalahan saya? Adakah saya bersukacita mendapat tahu kesalahan saya supaya saya dapat membetulkannya?

Dipetik daripada The Philosophy of Sin, © Discovery House Publishers
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org