Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam TuhanSampel

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

HARI 2 DARIPADA 30

Berkat Allah turun, seperti hujan-Nya, untuk orang yang baik dan yang jahat. Berkat besar akan kesihatan, kebijaksanaan, kemakmuran, semuanya berasal daripada kasih karunia-Nya yang penuh melimpah, bukannya daripada perwatakan penerimanya. Contohnya, jika kesihatan adalah tanda bahawa seseorang itu adalah benar di hadapan Allah, kita akan kehilangan semua pembezaan berkenaan sifat yang baik, kerana banyak orang yang jahat dalam keadaan sihat.

Terdapat perbezaan antara persekitaran dan keadaan. Setiap orang mempunyai persekitaran tersendiri; unsur dalam keadaannya itulah yang sepadan dengan kecenderungannya. Kita semua menentukan persekitaran masing-masing, ia ditetapkan oleh personaliti kita. Kegembiraan bermaksud kita memilih perkara dalam keadaan kita yang akan membuat kita gembira sahaja. Ia adalah dasar yang besar untuk keKristianan palsu. Alkitab tidak pernah berbicara tentang orang Kristian yang "gembira"; ia banyak berbicara tentang sukacita. Kegembiraan bergantung kepada perkara yang berlaku. Kesukacitaan tidak dipengaruhi keadaan luaran.

Soalan Renungan: Bagaimanakah kesusahan mempengaruhi sukacita saya? Adakah saya mengukur kasih Allah berdasarkan berkat-Nya kepada saya?

Dipetik daripada God’s Workmanship dan The Shadow of an Agony, © Discovery House Publishers

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Joy - Strength In The Lord

Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.

More

We would like to thank Discovery House Publishers for providing this plan. For more information, please visit: www.utmost.org