Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari PaskaSampel

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

HARI 1 DARIPADA 8

"Hosana!" ialah perkataan yang memulakan 7 hari yang paling menggemparkan dalam seluruh keabadian. Tidak akan ada lagi minggu, ataupun perkataan, yang akan memberikan kesan yang begitu besar terhadap setiap makhluk hidup dalam sejarah yang bertulis.

Waktu itu ialah minggu Paska di Yerusalem dan kira-kira 2.5 juta orang berasak-asak di jalan kota purba ini. Semua lelaki Yahudi dewasa dikehendaki untuk datang ke Yerusalem tiga kali setahun dan Paska merupakan salah satu daripada waktunya. Minggu yang sungguh sibuk untuk memperkenalkan seorang Raja!

Apabila Yesus menunggang keldai muda memasuki jalan yang sesak, banyak orang membentangkan jubah di atas jalan di depan-Nya. Sewajarnya, demikian adalah cara yang digunakan oleh populasi zaman dahulu untuk mengalu-alukan kepulangan raja yang telah memenangi peperangan.

Orang ramai yang penuh semangat ini juga mengerat ranting-ranting pokok, lalu menyelerakkannya di hadapan Raja atas keldai-Nya. Mereka melambai-lambai ranting pokok tersebut di atas kepala mereka sementara berseru-seru, "Hosana bagi Anak Daud, diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, hosana di tempat yang mahatinggi!"

Mereka merupakan penyembah! Mereka menyatakan, "Segala sesuatu yang kami miliki adalah milik-Mu, Yesus!"

Adakah anda seorang penyembah?

Apabila Yesus memasuki kehidupan kita, Yerusalem kita, kita mesti memberikan respons ketaatan sepenuh hati dan pujian sejati. Kita mesti memasuki pengalaman penyembahan yang begitu dinamik sehinggakan ia menyebabkan kita untuk mengorbankan keselesaan dan tradisi kita.

Adakah kehadiran Yesus Kristus menimbulkan dorongan sejati dalam kehidupan anda? Sudahkah anda memberikan respons terhadap perarakan kemenangan-Nya dengan penyembahan sepenuhnya secara bermati-matian?

Apabila berhadapan dengan Kerajaan Yesus Kristus, banyak daripada kita menahan diri dan enggan mengubah gaya penyembahan kita. Pengalaman yang sejati dengan Anak Allah harus menimbulkan penyataan penyembahan yang melampaui ... jauh melampaui ... struktur penyembahan rasmi yang boleh diterima.

Apabila kita menyediakan hati dan kehidupan kita untuk kematian dan kebangkitan-Nya, kita mesti menyertai suara sejarah terlebih dahulu dan menyatakan secara bersemangat dan ikhlas, "Hosana di tempat yang mahatinggi"

Hak cipta 2013 oleh Carol McLeod, hak cipta terpelihara. Carol McLeod ialah pengasas Just Joy Ministries, yang mempunyai misi mengilhamkan kaum wanita daripada semua golongan masyarakat untuk lebih mendalami Alkitab, dan bertumbuh dalam hubungan peribadi dengan Tuhan. Maklumat lanjut tersedia di www.JustJoyMinistries.com.
Hari 2

Perihal Pelan

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.justjoyministries.com