Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari PaskaSampel
Yesus mengasihi manusia. Dia mengasihi orang yang sakit dan tempang ... pelacur dan kanak-kanak. Yesus mengasihi kumpulan saudara-Nya ... 12 orang yang kehidupan mereka telah menjadi sebahagian daripada kehidupan-Nya.
Yesus juga mengasihi sebuah keluarga tertentu yang meraikan bersama-Nya, yang kerap menjaga-Nya semasa Dia berjalan dan yang bersedih bersama-Nya pada hari Dia membangkitkan Lazarus, saudara mereka, daripada kematian.
Memang difahami, Yesus menghabiskan jam-jam terakhir hidup-Nya di dunia ini dengan sahabat yang dikasihi, yang telah menjadi keluarga-Nya. Waktu ini adalah waktu yang amat penting bagi-Nya apabila Dia memandang wajah orang yang disayangi, yang nama mereka bukan sahaja tertulis pada hati-Nya tetapi bakal tertulis pada tangan-Nya juga.
Semasa mereka makan malam bersama pada minggu terakhir hidup Yesus, Maria, wanita yang menghabiskan banyak masa duduk dekat kaki Yesus, menghampiri-Nya dengan pusaka turun-temurunnya.
Maria telah menghabiskan masa duduk dekat kaki Yesus untuk mendengar Firman-Nya; ia menghabiskan masa dekat kaki Yesus pada waktu paling gelapnya mempercayai bahawa Yesus akan melakukan mukjizat; dan kini ia memberi secara berlebih-lebihan pada kaki Yesus yang akan berdarah tidak lama lagi.
Maria memecahkan botol marmar itu dan menuangkan minyak wangi yang mahal itu ke atas kepala Yesus. Harga kandungan botol ini adalah sebanyak gaji setahun, namun, Maria dengan murah hati menuangkannya ke atas tubuh Penyelamatnya.
Yesus akan mati sebagai penjenayah; hanya mayat penjenayah tidak dibenarkan pengurapan ramuan dan minyak wangi masyarakat selepas kematian. Tindakan penyayang Maria telah menyelamatkan Yesus daripada keaiban kematian penjenayah. Wanita yang pendiam ini amat dipenuhi kesetiaan dan kasih sayang sehinggakan ia merasakan tiada pengorbanan yang terlalu besar untuk Yesus.
Adakah anda akan memilih untuk menghabiskan masa yang mendalam dengan Yesus pada minggu ini? Adakah anda akan membenarkan penyembahan anda untuk berkelimpahan menjadi pemberian yang berlebih-lebihan semasa anda merenungkan upah yang dibayar-Nya untuk hidup anda?

Kitab
Perihal Pelan
Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.justjoyministries.com