Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari PaskaSampel

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

HARI 6 DARIPADA 8

Sebelum penyaliban-Nya, Yesus telah dicambuk. Askar Roma mendedahkan bahagian atas badan-Nya dan mengikat tangan-Nya di tiang. Dia dipaksa untuk membongkok dan mendedahkan tulang belakang-Nya. Kemudian, Yesus dicambuk dengan cemeti bergigi tiga yang terdiri daripada tiga tali kulit yang disambungkan dengan serpihan tulang dan logam pada rantai.

Mencambuk sentiasa mendahului hukuman mati supaya orang tawanan menjadi lemah dan mati dengan lebih cepat di salib. Sebatan kuat terhadap badan Yesus mencabik kulit dan mendedahkan tulang-Nya. Banyak mangsa mati sebelum dibawa ke salib kerana dicambuk. Banyak orang menjadi lumpuh dan hanya beberapa orang yang masih sedar selepas hukuman dahsyat ini.

Selepas dicambuk, Dia dipersendakan. Askar tersebut mencemuh Anak Allah seluruh ciptaan tanpa belas kasihan.

Yesus terlalu lemah untuk mengangkat salib-Nya kerana penyeksaan berat yang telah dialami-Nya. Hanya sedikit tenaga sahaja yang tinggal dalam Tubuh-Nya yang berharga itu semasa Dia sampai di puncak Golgota.

Manusia yang menunggangbalikkan meja ... memeluk kanak-kanak ... menenangkan ribut ... dan membangkitkan orang mati ... kini berdarah dalam kesakitan. Peparu-Nya berusaha sedaya upaya untuk menarik nafas dan mata-Nya bular kesakitan.
Saya tertanya-tanya sama ada pengawal di situ boleh mendengar Dia tercungap-cungap menarik nafas. Ibu-Nya, yang menyaksikan nafas pertama-Nya yang berharga, kini mendengar-Nya menghembuskan nafas yang terakhir. Ia ketawa berdekit-dekit melihat bayinya berkata-kata dan mengagah-agah, dan kini ia terpaksa berdiri dan mendengar Dia menahan kesakitan.

Dia boleh memanggil 10,000 malaikat pada waktu itu. Mereka akan datang menyelamatkan-Nya!

Dia boleh melepaskan diri-Nya dari salib itu tetapi Dia memilih untuk tidak berbuat demikian! Dia memilih untuk menahan kuasa-Nya. Mengapa? Mengapa Dia tidak menyelamatkan diri-Nya daripada persendaan neraka?

Dia kekal di salib untuk anda ... kerana ANDA merupakan sukacita yang menanti-Nya. Andalah yang difikirkan-Nya semasa Dia berada di salib Kalvari.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.justjoyministries.com