Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari PaskaSampel

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

HARI 8 DARIPADA 8

Apabila beberapa wanita itu sampai di perkuburan purba pada waktu subuh hari Sabat, mereka tidak melihat kubur tertutup yang dingin tetapi melihat malaikat, yang bersantai di bawah cahaya matahari di atas batu yang telah digulingkan!

Apakah yang dikatakan oleh malaikat ini?

"Janganlah takut!"

Marilah kembali ke lebih kurang 33 tahun sebelum pagi Kebangkitan ini apabila malaikat diutus dari syurga untuk mengumumkan kelahiran Yesus. Apakah yang telah dikatakan oleh malaikat itu?

"Janganlah takut!"

Apabila Allah tiba dalam kehidupan kita, Dia datang untuk menghapuskan semua ketakutan. Yesus hidup dan mati untuk mengatasi isu ketakutan anda! Jika anda diikat oleh ketakutan, dibebaskanlah oleh Penyelamat yang tidak dapat diikat oleh kematian!

Pada pagi hari Paska ini, kubur yang tertutup tidak dibuka untuk membebaskan Yesus tetapi dibuka untuk membenarkan wanita yang penuh kasih itu masuk. Apabila wanita ini, yang merupakan golongan pertama yang ditugaskan untuk mengkhabarkan kisah Injil, berlari dengan penuh bersemangat dari perkuburan itu, mereka mengalami rasa takut dan dipenuhi sukacita.

Sentiasa membenarkan sukacita anda untuk melebihi ketakutan anda! Tiada apa-apa dalam kehidupan anda harus menjadi lebih kuat daripada sukacita-Nya. Sukacita yang dialami oleh wanita tersebut pada pagi hari Sabat itu telah menyebabkan mereka untuk bersujud untuk menyembah.

Sesetengah daripada murid itu menyembah sementara yang lain berasa ragu-ragu. Para murid perlu membuat keputusan yang sama hari ini. Adakah anda akan menyembah atau berasa ragu-ragu?

Adakah anda akan bersujud untuk menyembah ataupun dikuasai oleh ketakutan anda?

Kuasa dan kewibawaan yang diumumkan oleh hari Paska harus membuat kita pergi dan menjadikan semua orang murid-Nya. Pada suatu masa dahulu anda telah dimaklumkan ... kini anda harus pergi mengkhabarkannya! Kehendak Allah dalam kehidupan anda, dan bagi kehidupan saya, adalah untuk menjadikan orang lain murid dalam dunia peribadi kita.

Kebenaran terakhir kisah Kebangkitan adalah Dia betul-betul menyertai anda. Dia akan menyertai anda dalam setiap hari esok anda. Kita diutus dengan tugas terbesar dalam seluruh Sejarah dan diyakinkan dengan Hadirat Terbesar yang pernah hidup di syurga mahupun di bumi.

"Hosana!"

Hak cipta 2013 oleh Carol McLeod, hak cipta terpelihara. Carol McLeod ialah pengasas Just Joy Ministries, yang mempunyai misi mengilhamkan kaum wanita daripada semua golongan masyarakat untuk lebih mendalami Alkitab, dan bertumbuh dalam hubungan peribadi dengan Tuhan. Maklumat lanjut tersedia di www.JustJoyMinistries.com.
Hari 7

Perihal Pelan

For the Joy Set Before Him: An Easter Devotional

Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.justjoyministries.com