Kerana Kegembiraan yang Menantikan-Nya: Renungan Hari PaskaSampel
Ini merupakan jamuan Paska yang ketiga antara Yesus dan murid-murid-Nya.
Jamuan Paska melibatkan peminuman empat cawan wain, yang setiap satunya mewakili empat bahagian janji penebusan dalam kitab Keluaran.
Cawan yang pertama memperingati janji "Aku akan membebaskan kamu". Allah, Bapa, telah membebaskan orang Israel dari Mesir sebagaimana kini, Yesus, Anak-Nya, akan membebaskan anak-anak-Nya daripada dosa. Cawan kedua memperingati "Aku akan melepaskan kamu dari perbudakan." Anak Israel dibebaskan daripada ikatan perhambaan di Mesir; Yesus, Pembebas Agung, telah membebaskan kita daripada ikatan iblis.
"Aku akan menebus kamu" adalah janji cawan yang ketiga. Allah telah menebus orang Israel ke Tanah Perjanjian dan kini, kita, benefisiari kematian Yesus, telah ditebus untuk kehidupan baru yang berkelimpahan!
Cawan yang keempat melambangkan janji, "Aku akan mengangkat kamu menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu."
Yesus berkata bahawa Dia akan menyimpan cawan keempat ini sehingga kita meraikan Kerajaan Allah bersama-sama. Yesus mengkomunikasikan kepada keluarga duniawi-Nya bahawa adanya jamuan pertemuan semula pada suatu hari nanti dan bahawa Dia akan hadir pada waktu itu.
Jika anda telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat anda, anda juga akan berada di sana pada waktu itu! Yesus akan memulakan perayaan itu dengan mengalu-alukan kepulangan anda pada akhirnya. Anda akan melihat Petrus dan Yakobus ... wanita dengan botol marmar itu ... dan Lazarus! Anda akan hadir di sana! Semasa pertemuan semula yang besar itu, tiada lagi dosa atau penderitaan. Tiada barah, sakit belakang ataupun migrain. Dan anda akan berada di sana!
Apabila semua orang berkumpul, Yesus akan mengambil cawan yang keempat ... cawan yang tidak diminum-Nya pada malam tersebut di Yerusalem. Dalam hadirat Bapa, Dia akan mengangkat cawan itu dan sorakan yang hebat akan memenuhi tempat itu! Sorakan yang kuat akan bergema daripada kasau syurga ... tangan akan diangkat ... bunyi nyanyian akan memenuhi syurga!
Dan anda ... akan hadir di sana!

Perihal Pelan
Minggu terakhir kehidupan Yesus bukanlah minggu yang biasa. Ia merupakan masa yang dipenuhi perpisahan pahit manis, pemberian yang berlebih-lebihan, pengkhianatan yang kejam dan doa yang menggegarkan syurga. Alamilah minggu ini, daripada hari Ahad Palma hingga Kebangkitan yang luar biasa, semasa kita membaca catatan Alkitab bersama-sama. Kita akan bersorak bersama orang ramai di jalan Yerusalem, berteriak kemarahan pada Yudas dan askar Roma, menangis bersama wanita di Salib, dan meraikan fajar hari Paska menyingsing!
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.justjoyministries.com