Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari PaskahSampel

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

HARI 7 DARIPADA 7

BATU DIGULINGKAN

“Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati? Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit!.” LUKAS 24:5-6 (BM)

Apabila kita memandang Yesus sebagai Mesias, kebanyakan daripada kita berfikir dari segi peribadi: Yesus ialah Mesias saya. Dia mengampunkan dosa saya. Dia diam dalam saya. Sudah tentu semua itu adalah benar. Walau bagaimanapun, jangkaan Yahudi abad pertama berkenaan kemesiasan Yesus adalah lebih luas daripada itu. Jika kita bercakap dengan orang Yahudi abad pertama tentang jangkaannya terhadap mesiasnya, kita akan mendapati harapannya adalah pada skala yang lebih besar.

Orang Yahudi menjangkakan Mesias yang telah lama dinantikan itu akan datang untuk menewaskan orang pagan yang menguasai mereka, membina semula bait suci, dan memulakan pemerintahan adil Allah ke atas dunia ini. Harapan mereka bersemangat kebangsaan bahawa Mesias akan datang dan mewajarkan bangsa Israel. Kedatangan Yesus, dengan mukjizat yang dilakukan-Nya, cerita yang dikhabarkan-Nya, dan nubuatan yang digenapi-Nya, membina kresendo jangkaan dalam kalangan pengikut-Nya. Namun, apabila mereka mula berfikir bahawa Dia itu betul-betul orang yang akan menebus umat Israel dari segi politik, mereka menyaksikan harapan mesias mereka tergantung di salib Roma di Tengkorak. Ketika Yesus berseru, “Sudah selesai” (Yohanes 19:30), banyak antara mereka pastinya bersetuju.

Oleh itu, bagaimanakah kumpulan orang percaya ini, yang harapan mesias mereka tertanam dalam kubur Palestin, bukan sahaja terus mempercayai bahawa Yesus ialah Mesias malah berdiri di jalan yang berdekatan dengan tempat Dia digantung dan mengkhabarkan kemesiasan-Nya tanpa rasa malu? Jawapan yang bergema sepanjang halaman Perjanjian Baru ditemui dalam kebangkitan jasmani Yesus. Pengumuman malaikat kepada wanita yang membawa ramuan rempah untuk melumuri jenazah Yesus membangkitkan penilaian semula yang radikal terhadap apa yang telah disaksikan oleh orang percaya pada hari Jumaat itu dan mengubah sepenuhnya pandangan mereka tentang hidup dan masa depan mereka. Apabila Mesias muncul semula dalam kalangan mereka, hidup seperti biasa, murid-murid yang sebelum ini sedih, berduka, kecewa, dan remuk hati diubah menjadi saksi yang berani dan penuh sukacita. Kini mereka bersaksi tentang realiti kebangkitan Kristus dengan tubuh yang dapat dilihat dan disentuh, namun memiliki keupayaan melaksanakan apa yang tidak dilakukan oleh tubuh sebelum kebangkitan-Nya. Kerja keselamatan-Nya sudah selesai; hidup-Nya dan pemerintahan-Nya pastinya belum selesai!

Hanya selepas murid-murid menyedari kehadiran-Nya yang telah bangkit, barulah kemesiasan Kristus masuk akal. Sesungguhnya, apa yang ditemui oleh orang percaya Yahudi awal semasa mereka “mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan” (Lukas 24:2) dan melihat bahawa “Yesus berdiri di tengah-tengah mereka” (ay 36) ialah penyalaan harapan, sukacita, dan kuasa yang kekal dalam hati mereka. Semua ini tetap tersedia kepada semua orang yang mempercayai Yesus, Mesias yang telah bangkit. Kebangkitan dan hanya kebangkitan mengubah kesedihan, kedukaan, dan kekalahan menjadi harapan, sukacita, dan kuasa. Kebangkitanlah, dan hanya kebangkitanlah, yang mengisytiharkan bahawa Mesias kita akan mengalahkan musuh-Nya, memulihkan umat-Nya, dan memerintah seluruh dunia ini. Kebangkitan Yesus akan mengubah segala sesuatu tentang cara anda menjalankan hari anda sekarang ini.

  • Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza?
  • Bagaimanakah Allah mengatur semula kesukaan hati saya—apakah yang saya kasihi?
  • Apakah yang Allah panggil saya untuk lakukan semasa saya menjalankan hari saya hari ini?

Kami telah mengadaptasi Pelan ini daripada sumber yang lain. Ketahui Lebih Lanjut tentang Truth For Life dan Alistair Begg.

Hari 6

Perihal Pelan

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satunya jawapan yang sebenar bagi keporak-perandaan ditemui dalam pelaksanaan hukuman mati seorang lelaki yang tidak bersalah: Yesus, Anak Allah.

More

Bahan renungan ini dipetik daripada ‘Truth For Life,’ sebuah renungan harian oleh Alistair Begg, yang diterbitkan oleh The Good Book Company, thegoodbook.com. Digunakan dengan kebenaran Truth For Life. Hak cipta (C) 2022, The Good Book Company. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tfl.org/365