Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari PaskahSampel

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

HARI 5 DARIPADA 7

SALIB MEMBUKA MATA KITA

“Ketua askar nampak apa yang telah berlaku. Dia memuji Allah dan berkata, ‘Memang Dia tidak bersalah!’” LUKAS 23:47 (BM)

Kita tidak memahami salib sehinggalah salib mengubah kita secara peribadi.

Sesudah Yesus “menghembuskan nafas-Nya yang terakhir” (Lukas 23:46), Lukas mencatatkan reaksi orang yang telah menyaksikan penyaliban itu. “Apabila semua orang yang berkumpul di situ melihat apa yang telah berlaku, mereka semua pulang ke rumah sambil menebah dada kerana menyesal” (ay 48). Ya, kesedihan dirasai, tetapi selepas keadaan itu berlalu, mereka meninggalkan tempat itu dan meneruskan hidup mereka. Ayat 49 memaklumkan kita bahawa “semua sahabat Yesus ... berdiri dari jauh dan menyaksikan semua perkara itu,”—dan kita hanya dapat membayangkan fikiran mereka pada ketika itu. Walau bagaimanapun, reaksi yang paling menonjol dan paling peribadi yang dicatatkan oleh Lukas ialah reaksi ketua askar Roma yang setelah menyaksikan apa yang berlaku, “memuji Allah, dan berkata, ‘Memang Dia tidak bersalah!’”—atau, seperti yang digambarkan dalam terjemahan AVB, “Sesungguhnya, orang ini orang yang benar.”

Di sini, di tengah-tengah kegelapan pemimpin agama yang munafik, pemerintah yang sinis, dan orang yang lalu di sana yang tidak mempunyai perasaan, ada kerlipan cahaya. Mungkin orang terakhir yang kita jangka akan melihat kebenaran—lelaki yang tiada hubungan lalu dengan Yesus, tiada latar belakang pengajian Perjanjian Lama, dan tiada kecenderungan terhadap perkara Allah—bukan sahaja memahami apa yang dicari-carinya malah memberikan respons peribadi terhadapnya. Ia menyaksikan “apa yang telah berlaku”—kata-kata Yesus, kegelapan di atas, cara kematian-Nya—dan menyedari, Dia bukan manusia biasa. Dia berbeza daripada setiap manusia yang lain. Memang benar Dia tidak berdosa, benarlah Dia. Sesungguhnya, Markus menambah bahawa ketua askar itu mengakui bahawa lelaki di salib itu ialah “Anak Allah” (Markus 15:39).

Dengan ketelitiannya, Lukas menegaskan melihat apa yang yang terjadi di salib. Lukas mungkin berharap agar sesetengah pembaca akan mengingati bahawa semasa Yesus membaca skrol Yesaya pada awal pelayanan-Nya, Dia berkata, “Roh Tuhan ... melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin ... mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta” (Lukas 4:18). Sesungguhnya, satu tema baik yang ditemui sepanjang Injil Lukas ialah kegelapan yang ditembusi cahaya—kuasa kebenaran Allah yang membawa kebebasan menerobos kekeliruan dan kekerasan hati serta fikiran orang.

Sebarang percubaan untuk menyatakan keKristianan yang menyangkal kepusatan salib tidak mungkin membawa kepada iman yang menyelamatkan. Sementara kita tidak selalu memahami cara Roh bergerak untuk memimpin lelaki dan perempuan untuk dilahirkan semula, mesej kita harus sentiasa sama: “Kristus yang disalibkan” (1 Korintus 1:23). Memandang saliblah yang membawa hidup bagi sesiapa yang memberikan respons terhadap lelaki yang disalibkan dengan mengakui siapa Dia itu dan memuji Allah kerana keselamatan-Nya. Melainkan dan sehinggalah salib itu menjadi peribadi kepada kita, salib itu tidak berguna kepada kita. Maka, bilakah kali terakhir anda memandang Penyelamat anda di salib dan memuji Allah?

  • Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza?
  • Bagaimanakah Allah mengatur semula kesukaan hati saya—apakah yang saya kasihi?
  • Apakah yang Allah panggil saya untuk lakukan semasa saya menjalankan hari saya hari ini?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satunya jawapan yang sebenar bagi keporak-perandaan ditemui dalam pelaksanaan hukuman mati seorang lelaki yang tidak bersalah: Yesus, Anak Allah.

More

Bahan renungan ini dipetik daripada ‘Truth For Life,’ sebuah renungan harian oleh Alistair Begg, yang diterbitkan oleh The Good Book Company, thegoodbook.com. Digunakan dengan kebenaran Truth For Life. Hak cipta (C) 2022, The Good Book Company. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tfl.org/365