Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari PaskahSampel

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

HARI 3 DARIPADA 7

VANDALISME KUDUS

“Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang. Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai.” LUKAS 23:44-45 (BM)

Semasa pelayanan Yesus berjalan, salah satu kerisauan besar institusi agama Yahudi ialah Dia, nampaknya, mendakwa bahawa Dia akan memusnahkan bait suci dan membinanya semula dalam tiga hari (Yohanes 2:19). Sesungguhnya, ini merupakan salah satu tuduhan utama yang dilemparkan terhadap-Nya (Markus 14:58). Ketika Yesus berada di salib, orang yang lalu di sana mempersendakan dan mencemuh Dia, menjerit, “Engkau mahu memusnahkan Bait Suci dan membinanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu!” (Matius 27:40). Walau bagaimanapun, Dia tetap tergantung di salib itu, dalam kegelapan.

Kemudian, di tengah-tengah kegelapan dan pergolakan penyaliban itu, tiba-tiba, sesuatu yang penuh misteri dan betul-betul tidak diduga berlaku: Allah sendiri mencemarkan bait suci.

“Tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai,” Lukas memberitahu kita. Ini merupakan tirai yang tergantung di dalam bait suci untuk melambangkan sempadan ke dalam hadirat Allah. Itu merupakan tanda yang jelas bahawa orang yang tidak sempurna tidak boleh berada di tempat yang sama dengan Allah yang kudus. Sepanjang Perjanjian Lama, sesiapa yang diandaikan memasuki hadirat Allah tanpa mematuhi adat pembersihan dan mempersembahkan korban yang perlu akan mati (contohnya, Bilangan 3:2-4). Namun sekarang ini, tiba-tiba, semasa Yesus di ambang maut, simbol keeksklusifan terbatas itu dimusnahkan. Dengan memusnahkannya, Allah mengisytiharkan bahawa adat kemasukan imam yang lama ke dalam hadirat-Nya telah dihapuskan, dan halangan dosa yang memisahkan manusia daripada Pencipta mereka telah dihapuskan. Kita tidak perlu menjarakkan diri daripada Allah. Sebaliknya, “dengan kematian Yesus kita mempunyai kebebasan penuh untuk masuk ke Bilik Maha Suci. Yesus sudah membuka satu jalan baru bagi kita, jalan yang memberikan kehidupan. Jalan itu melalui tirai, iaitu tubuh Yesus sendiri” (Ibrani 10:19-20).

Akses kita kepada Allah tidak terbatas kepada bait suci atau gereja, atau mana-mana bangunan, tidak juga semestinya melalui paderi atau guru manusia. Tidak, 2,000 tahun lalu, Allah telah menembusi sejarah untuk membuka akses langsung kepada Diri-Nya melalui Yesus. Sekarang ini ada “satu pengantara antara Allah dengan manusia iaitu seorang insan Kristus Yesus. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia” (1 Timotius 2:5-6). Tirai bait suci yang koyak menjadi dua helai merupakan vandalisme kudus bagi pihak anda! Anda tidak perlu diketepikan oleh imam atau adat lagi. Mereka tidak ada gunanya. Sebaliknya, anda boleh mendekati Allah, seadanya, yakin akan sambutan, belas kasihan dan pertolongan, kerana Yesus.

  • Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza?
  • Bagaimanakah Allah mengatur semula kesukaan hati saya—apakah yang saya kasihi?
  • Apakah yang Allah panggil saya untuk lakukan semasa saya menjalankan hari saya hari ini?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satunya jawapan yang sebenar bagi keporak-perandaan ditemui dalam pelaksanaan hukuman mati seorang lelaki yang tidak bersalah: Yesus, Anak Allah.

More

Bahan renungan ini dipetik daripada ‘Truth For Life,’ sebuah renungan harian oleh Alistair Begg, yang diterbitkan oleh The Good Book Company, thegoodbook.com. Digunakan dengan kebenaran Truth For Life. Hak cipta (C) 2022, The Good Book Company. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tfl.org/365