Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

HARI 3 DARIPADA 7

HARI 3

DUDUK DALAM KEHENINGAN: ALLAH ADA DI SINI

Banyak antara kita pernah menghadapi situasi yang mustahil yang nampaknya tiada penyelesaian. Sama ada kita menghadapi diagnosis perubatan yang tidak baik, kehilangan pekerjaan, atau kehilangan orang yang dikasihi, memanglah susah untuk melihat atau menemui Allah ketika itu. Pada waktu inilah kita rasa terperangkap, terdesak dan tiada jalan keluar.

Dalam Alkitab, kita melihat Yakub melarikan diri daripada situasi yang disebabkannya. Berdasarkan tindakannya, kita boleh mengatakan bahawa Yakub tidak patut dilimpahi rahmat Allah, kerana Yakub penipu, juga tidak jujur. Saya yakin Yakub rasa Allah tidak menyertai perjalanannya. Semasa Yakub berada di tempat yang musnah, hilang harapan, melarikan diri daripada semua kesalahannya, Allah melawatnya. Di tengah-tengah kekalutan yang disebabkan oleh Yakub, saya rasa ia tidak menjangka Allah ada di sana. Walau bagaimanapun, dalam kekalutan ini, Allah melawatnya dalam mimpi dan memberikan Yakub pengesahan tentang kehadiran-Nya semasa waktu kelamnya.

Sebelum lawatan kudus Allah, Yakub berasa sepi, takut, dan sesat. Ia mungkin rasa tidak bermakna untuk meminta pertolongan atau kasih kurnia Allah. Seperti Yakub, kita sering menjauhkan diri daripada Allah bila kira rasa kita tidak layak atau bila kita rasa Allah bersikap tidak adil terhadap kita. Berita baiknya ialah meskipun semasa waktu kelam kita, Allah tidak pernah meninggalkan kita, walaupun Dia nampaknya diam tentang isu kita.

Sesudah Yakub mendapat tahu bahawa Allah masih menyertainya, ia berani bergerak maju dengan kesedaran bahawa Allah akan menyertainya dan melindunginya. Ini mungkinlah permulaan hubungan peribadinya dengan Allah. Yakub mungkin mengenali Allah daripada hubungan bapanya dengan Allah tetapi ia belum mengalaminya dan menjalinkan hubungan peribadinya dengan Allah. Melalui perbalahan dan pergolakan, semasa waktu yang sunyi, ia menemui hubungan yang sebenar dengan Allah.

Jika anda mengalami situasi yang nampaknya mustahil hari ini, luangkan masa untuk berhenti sejenak, berdoa, dan mencari Allah di mana jua anda berada sekarang, Dia ada. Meskipun kelihatan senyap dan sunyi, terus mencari Allah, Dia ada, dan mengikut waktu-Nya, Dia akan menyatakan diri-Nya. Allah tidak pernah meninggalkan kita, tetapi Dia menunggu kita untuk menerima jemputan-Nya untuk menjalankan hidup bersama dengan-Nya. Sebagaimana Yakub menyedari bahawa ia perlu bergerak maju dengan Allah dan berjalan di bawah perlindungan-Nya, Allah sedang menunggu kita untuk melakukan hal yang sama dalam situasi kita. Sudikah anda menerima jemputan-Nya?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk menunjukkan arah, tetapi kita hanya mendengar kesunyian. Renungan 7 hari ini akan berbicara kepada hati anda tentang cara bergerak ke arah Kehendak Allah bila Allah nampaknya diam.

More

Kami bersyukur kepada Jessica Hardrick kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jessicahardrick.com/