Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel
HARI 6
DUDUK DALAM KEHENINGAN: KEHILANGAN TAKDIR
Dalam Perjanjian Lama, kita melihat Saul mengambil tindakan sendiri apabila ia tidak dikunjungi Samuel dalam masa yang diperuntukkan. Daripada menantikan Allah, Saul mengingkari Allah dan kehilangan seluruh Kerajaannya.
Perintah Allah mungkinlah susah kerana kadang-kadang kita seolah-olahnya dibiarkan oleh-Nya. Walau bagaimanapun, biasanya pada waktu inilah Dia menguji ketaatan dan kesetiaan. Semasa kita mencari dan menantikan suara Allah, kita harus belajar duduk diam di persimpangan jalan kita, tidak ke kiri ataupun ke kanan, sehingga Allah menunjukkan arahnya. Seperti yang diperhatikan dengan Saul, ini adalah amat penting! Bergerak tanpa perintah Allah boleh menyebabkan kehilangan janji kita. Ini juga boleh menyebabkan kita untuk mensia-siakan bertahun-tahun hidup kita merayau-rayau di luar tujuan.
Saul ialah seorang pemimpin, dan banyak orang bergantung pada perintahnya; kesalahannya juga mengelirukan banyak orang. Di bawah tekanan sebaya dan orang lain yang berbicara terhadap hidup kita boleh menyebabkan kesesatan kita. Ini juga menyebabkan kita untuk terlepas Allah jika Dia berbicara atau menyebabkan kita untuk bergerak tanpa mendengar Allah.
Saya percaya Allah mahu kita untuk menjalankan hidup yang premium, dan Dia berjanji untuk memastikan kita menjalankan hidup seperti yang ditujukan oleh-Nya, hidup yang menyentuh orang lain dan memberkati kita. Namun, bila kita mengikuti arah kita ataupun arah orang lain, kita kehilangan apa yang telah dirancang oleh Allah untuk kita.
Ya, pasti ada masa kita tidak mendengar Allah atau menerima jawapan segera daripada Allah, tetapi jangan kehilangan takdir anda dengan mengikuti arah sendiri atau arah orang lain. Buktikan bahawa anda setia, domba yang hanya akan mengikut suara gembalanya. Jika anda menantikan janji Allah dan kebisingan di sekeliling anda adalah terlalu kuat, carilah "tempat yang sunyi" untuk menunggu, tempat di mana Allah boleh berbicara bila Dia sudah bersedia. Berjanjilah kepada Allah hari ini bahawa anda tidak akan bergerak sehingga anda mendengar suara-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk menunjukkan arah, tetapi kita hanya mendengar kesunyian. Renungan 7 hari ini akan berbicara kepada hati anda tentang cara bergerak ke arah Kehendak Allah bila Allah nampaknya diam.
More