Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

HARI 1 DARIPADA 7

HARI 1

DUDUK DALAM KEHENINGAN: DI TEMPAT YANG SUNYI

Semasa kita memulakan pelan ini, kita akan melihat seseorang yang telah menerima janji daripada Allah lama sebelum ia boleh menikmatinya. Cerita Sara dan Abraham sentiasa memberikan saya ketabahan untuk meneruskan bila janji itu nampaknya masih jauh.

Allah kerap memberikan kita janji lama sebelum Dia memberikan kita prosesnya. Allah memberitahu Sara bahawa ia akan melahirkan seorang anak meskipun sudah tua, tetapi Allah tidak pernah memberitahunya umurnya bila ia akan hamil. Allah juga tidak meminta Sara untuk menolong-Nya untuk menepati janji itu. Semakin lama Sara dan Abraham semakin tidak melihat atau mendengar apa-apa daripada Allah berkenaan janji itu. Mereka mula berfikir Allah memerlukan pertolongan mereka untuk mencapai janji-Nya itu. Berapa kerap kita juga berfikir seperti itu?

Allah memberikan kita destinasi kita sebelum Dia menunjukkan arahnya. Mungkin untuk memberikan kita harapan, sementara kita duduk dalam keheningan di mana nampaknya tiada apa-apa yang sedang berlaku. Tempat yang sunyi adalah penting kerana di sinilah iman kita ditunjukkan dan dikuatkan. Kita mempelajari ajaran, ketaatan, kesabaran, dan ketabahan di tempat yang sunyi.

Memanglah penting bahawa kita tetap setia di tempat yang sunyi daripada cuba mempercepatkan proses itu dengan melakukan apa-apa untuk menolong Allah. Kita juga tidak mahu membuat keputusan mengikut emosi, untuk melakukan sesuatu yang kita rasa Allah mahu kita untuk lakukan.

Di tempat yang sunyi, kita belajar mengenal pasti suara Allah dan kesenyapan-Nya. Jika kita tersilap langkah tanpa mendengar Allah, kita mungkin membahayakan janji yang telah diberikan oleh Allah atau menangguhkannya. Sara dan Abraham memutuskan untuk bertindak tanpa Allah. Mereka tidak kehilangan janji Allah, tetapi mereka menambahkan tekanan yang tidak perlu kepada hidup mereka dan hidup orang lain.

Sering kali bila kita terburu-buru mencapai suatu janji, kita cuba campur tangan dan menolong Allah seperti Sara dan Abraham, menambahkan tekanan kepada janji yang bebas tekanan. Jangan menjejaskan janji anda dengan keengganan untuk menantikan Allah di tempat yang sunyi. Benarkan Allah untuk menyelesaikan kerja-Nya dalam anda dan untuk anda. Terima sepenuhnya apa yang telah disediakan oleh Allah untuk anda dengan menikmati kesunyian dan berpegang pada janji-Nya. Jangan bergerak, jangan meragui, jangan merungut, atau mengusahakan strategi, cuma bertenang dan tunggu. Allah mempunyai rancangan untuk janji-Nya dan hidup anda.

Hari 2

Perihal Pelan

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk menunjukkan arah, tetapi kita hanya mendengar kesunyian. Renungan 7 hari ini akan berbicara kepada hati anda tentang cara bergerak ke arah Kehendak Allah bila Allah nampaknya diam.

More

Kami bersyukur kepada Jessica Hardrick kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jessicahardrick.com/