Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

HARI 2 DARIPADA 7

HARI 2

DUDUK DALAM KEHENINGAN: APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN BILA ALLAH TIDAK MENGATAKAN APA-APA.

Ada kalanya saya mendengar Allah berbicara, mengambil tempat menantikan arahan lanjut, dan tidak mendengar apa-apa untuk tempoh yang lama. Kadang-kadang Allah memberikan saya satu janji, dan janji itu ditepati sebelum saya memahaminya. Ada tujuan untuk waktu seperti ini dan waktu bila masa yang panjang diperlukan untuk menerima janji Allah bagi hidup saya.

Saya ingat waktu muda dan musim bujang saya. Saya sangat bujang, kebujangan yang langsung tidak melihat jodoh yang sesuai. Saya tahu perkahwinan sudah diramalkan untuk hidup saya beberapa tahun lalu, maka saya berpegang pada janji ini. Saya tidak pernah meragui rancangan Allah untuk hidup saya tetapi saya memang mencari-cari. Ada kalanya saya begitu takut saya akan terlepas Allah jika saya tidak berpacaran. Saya risau jika saya mengetepikan seseorang terlalu cepat, walaupun orang itu tidak secocok dengan saya. Saya tidak mahu terlepas Allah, jadi saya terus mencari sepanjang kesenyapan-Nya.

Saya yakin banyak pilihan saya semasa waktu senyap itu, percubaan "menolong Allah", telah menangguhkan janji Allah untuk hidup saya. Saya telah membuat pilihan yang menyebabkan saya untuk mengalami lebih banyak seksaan jiwa daripada yang dirancangkan oleh Allah dalam perjalanan ini. Seperti Sara, saya fikir Allah memerlukan pertolongan saya. Daripada mengalami sepenuhnya "tempat sunyi" yang disediakan oleh Allah untuk saya, saya cuba menolong Allah dan mempercepatkan proses itu.

Mengenang kembali, saya melihat bahawa "tempat sunyi" itu menyediakan saya untuk keadaan saya sekarang ini. Tempat yang sunyi itu mengajar saya untuk mempercayai dan bertabah serta membenarkan saya untuk mengalami beberapa perkara yang perlu demi mencapai keadaan saya sekarang ini. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun, dan di dalam hati saya, saya tahu inilah tempat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk saya.

Apakah yang anda lakukan antara waktu Allah menempatkan janji dalam hati anda atau berbicara terhadap hidup anda dan waktu anda menerima janji itu? Anda berhenti sejenak. Anda bersiap sedia. Anda menunggu. Anda membenarkan Allah untuk bekerja dalam diri anda dan melalui anda. Allah tahu apa yang anda perlukan untuk sampai ke destinasi di depan, dan saya percaya Dia menyediakan anda di "tempat yang sunyi". Semasa kita berfikir bahawa Allah telah lupa akan kita, Dia sedang melakukan kerja yang paling penting dalam kesenyapan ini.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk menunjukkan arah, tetapi kita hanya mendengar kesunyian. Renungan 7 hari ini akan berbicara kepada hati anda tentang cara bergerak ke arah Kehendak Allah bila Allah nampaknya diam.

More

Kami bersyukur kepada Jessica Hardrick kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jessicahardrick.com/