Yakub meninggalkan Bersyeba dan menuju ke Haran. Pada waktu matahari terbenam, dia tiba di suatu tempat yang suci, lalu bermalam di situ. Dia berbaring untuk tidur, dan kepalanya berbantalkan batu. Kemudian dia bermimpi bahawa dia nampak sebuah tangga di bumi yang hujungnya sampai ke langit, dan malaikat-malaikat turun naik tangga itu. Kemudian dia nampak TUHAN berdiri di sampingnya dan berfirman, “Akulah TUHAN, Allah yang disembah Abraham dan Ishak. Aku akan menyerahkan tanah tempat engkau berbaring ini kepadamu dan keturunanmu. Mereka akan menjadi sebanyak debu di bumi. Mereka akan meluaskan wilayah ke semua arah dan melalui engkau serta keturunanmu, Aku akan memberkati semua bangsa di bumi. Ingatlah, Aku akan melindungi engkau dan menolongmu ke mana sahaja engkau pergi, lalu Aku akan membawa engkau kembali ke negeri ini. Aku tidak akan meninggalkan engkau sehingga Aku sudah melakukan segala sesuatu yang Kujanjikan kepadamu.” Kemudian Yakub bangun dan berkata, “TUHAN ada di sini, di tempat ini, tetapi baru sekarang aku mengetahuinya!” Yakub berasa takut lalu berkata, “Alangkah seramnya tempat ini! Tentulah ini rumah Allah, pintu gerbang syurga.”
Baca KEJADIAN 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 28:10-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video