DiberkatiSampel
"Berkat"
"Berbahagialah (gembira, beruntung, menimbulkan iri hati) orang yang menghormati (takut dan menyembah) TUHAN" adalah cara Alkitab Berita Baik mentafsirkan ayat pertama Mazmur 112.
Sepanjang Alkitab, Allah dengan konsistennya menjanjikan berkat kepada umat-Nya, tetapi berkat-Nya juga bergantung kepada pilihan kita. Dia meletakkan dua pilihan yang jelas di hadapan umat-Nya: "Sekarang kamu boleh memilih antara hidup dan maut, antara berkat Allah dan kutuk-Nya. Pilihlah hidup" (Ulangan 30:19).
Kitab Ulangan dalam Perjanjian Lama mengandungi senarai berkat dan senarai kutukan yang dihubungkan secara langsung kepada pilihan kita untuk mentaati atau melanggar perintah Tuhan. Anda boleh membacanya dalam Ulangan 28:1-14, tetapi fahamilah bahawa memilih hidup dengan Allah bermaksud memilih kehidupan yang diberkati. Kehendak Allah sentiasanya memberkati anda, tetapi jika anda rasa berkat-Nya hanyalah untuk anda sepenuhnya, anda tidak memahaminya.
Berkat Allah dalam hidup anda seharusnya berterusan melewati kewujudan anda. Allah memberitahu Abraham bahawa Dia akan memberkatinya, tetapi tujuan memberkatinya melewati hidupnya itu. Inilah yang dikatakan Allah:
"Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa" (Kejadian 12:2).
Tujuan berkat Allah adalah membenarkan anda untuk menjadi saluran berkat yang besar kepada orang lain. Jika anda tidak memiliki apa-apa, anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk sesiapa pun; jika anda memiliki sedikit, anda boleh memberikan sedikit bantuan; tetapi jika anda memiliki banyak, anda boleh melakukan banyak perkara. Apabila anda diberkati, anda memiliki dasar yang kuat, yang daripadanya anda boleh memberikan kesan terhadap orang lain. Anda diberkati untuk menjadi suatu berkat.
LINGKUNGAN KEHIDUPAN ANDA
Kehendak Allah adalah memberkati anda, jadi tetapkan hati anda untuk memuliakan-Nya dalam setiap bahagian hari anda. Pilihlah hidup, dan menjadi berkat kepada orang yang ditempatkan Allah di sekeliling anda dalam lingkungan pengaruh anda!

Perihal Pelan
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian Houston dan Hillsong kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://BrianCHouston.com