DiberkatiSampel

Blessed

HARI 3 DARIPADA 7

"Kelimpahan" 

Satu lagi janji Allah adalah kekayaan dan kemakmuran dalam keluarga anda. Saya tahu ada di antara kita yang akan rasa lebih senang jika ayat itu mengatakan kekayaan dan kemakmuran dalam hatinya daripada dalam keluarganya. Golongan ini adalah mereka yang bergumul dengan kenyataan bahawa kelimpahan adalah janji Allah bagi kehidupan mereka.

Seorang kawan saya pernah berbual dengan seorang pastor yang mengkritik pemikiran ini namun berkongsi tentang keterdesakan gerejanya untuk seorang pastor belia, tetapi kekurangan dana yang diperlukan untuk menggaji seseorang. Tanpa wang, adalah sukar (bagi pelayanan, perniagaan, keluarga) untuk memenuhi usaha Kerajaan yang berada dalam hati anda. 

Sesetengah orang Kristian bergumul dengan idea diberkati kerana mereka anggap kekayaan dan ketamakan sebagai perkara yang sama, tetapi itu tidak benar. Bapa syurgawi kita, seperti mana-mana ibu bapa yang penyayang, tidak keberatan jika anak-Nya diberkati dari segi kewangan. Tetapi, ingatlah bahawa kekayaan dan kemakmuran hanyalah satu aspek daripada kehidupan yang berkelimpahan — ia melewati benda material. Yohanes menulis: "Berdoa semoga semuanya baik dengan kamu, dan semoga kamu sihat, seperti jiwamu pun sihat" (3 Yohanes 1:2). 

Orang yang betul-betul makmur menginginkan kepenuhan Allah dalam setiap bahagian kehidupannya dan memahami bahawa Allah mahu memberkatinya agar dia boleh memberkati orang lain. Seperti yang dikatakan Yesus dalam Yohanes 10:10, "Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan." 

LINGKUNGAN KEHIDUPAN ANDA
Allah mahu anda makmur dalam setiap bahagian hidup anda, dari segi fizikal dan rohani. Dia bersukacita dalam memberkati anda kerana daripada kelimpahan hidup-Nya yang mengalir melalui anda, anda boleh memberkati orang lain! Terimalah kebenaran itu pada hari ini.

Perihal Pelan

Blessed

Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian Houston dan Hillsong kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://BrianCHouston.com