DiberkatiSampel
"Kemurahan Hati"
Sifat Allah adalah memberi, dan segala sesuatu yang dilakukan-Nya berasal daripada roh yang murah hati. Dalam cara yang sama, kita harus bercita-cita untuk menjadi benar-benar murah hati dan membenarkan kehidupan kita untuk menjadi berkat kepada orang lain. Kemurahan hati bukan tentang betapa banyak yang anda miliki, ataupun sesuatu yang dibuktikan dalam satu tindakan tunggal — semangat murah hati yang sejati adalah satu gaya hidup.
• Cara melihat
"Dia yang memiliki mata yang baik akan diberkati, karena dia memberi rotinya kepada orang miskin" (Amsal 22:9 MILT).
Mata yang baik akan melihat melewati diri sendiri dan segera melihat peluang untuk memberkati orang lain. Daripada menjadi seseorang yang berdiam dan membuat tanggapan yang melukakan hati tentang orang lain, semangat murah hati terbuka untuk anggap yang terbaik.
• Cara berfikir
"Tetapi orang yang luhur merancangkan hal-hal yang luhur..." (Yesaya 32:8)
Apabila kemurahan adalah cara berfikir, seseorang itu akan sentiasa membuat rancangan yang memberkati orang lain. Allah melihat keperluan dunia, dan membuat strategi yang murah hati. Ia dipanggil Injil, yang bermaksud "berita baik."
• Cara hidup
"...dan bertindak dengan luhur" (Yesaya 32:8).
Apabila kemurahan hati adalah cara hidup, ia menjadi pendirian kita. Ia bukanlah suatu pergelutan, satu tindakan tunggal atau kewajipan yang dibuat dengan berat hati — ia adalah satu cara hidup. Janji Allah adalah dia yang memiliki "mata yang baik" adalah seseorang yang akan diberkati.
Kerajaan Allah merujuk kepada segala sesuatu dalam lingkungan-Nya, di syurga dan di bumi. Memiliki semangat Kerajaan bermaksud anda memiliki visi yang lebih besar daripada diri sendiri — anda akan sentiasa membuat strategi yang murah hati atau merancang untuk memberkati orang lain.
LINGKUNGAN KEHIDUPAN ANDA
Kemurahan hati bukanlah satu tindakan semata-mata tetapi cara melihat, berfikir dan hidup. Apatah lagi, ia adalah perkara yang diinginkan Allah buat anda. Jadi, carilah peluang untuk memberkati orang lain, membuat strategi yang murah hati dan menjangkau orang di sekeliling anda dalam nama Yesus!

Perihal Pelan
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian Houston dan Hillsong kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://BrianCHouston.com